Little Bun Cafe: Vibe Ala-ala Jepun!

You are currently viewing Little Bun Cafe: Vibe Ala-ala Jepun!

Hi guys! Hari ni Min nak share satu cafe sesuai untuk Japan lovers yang terletak di Iskandar Puteri, Johor, bernama Little Bun Cafe. Cutekan nama cafe ni? Selain daripada makanan, dalam cafe pun cantik tau so for those yang suka tangkap gambar, cafe ni memang option yang bagus.

Pintu Masuk Little Bun Cafe
Little Bun Cafe (facebook Little Bun Cafe)

Interior Design

Dari entrance je boleh nampak yang Little Bun Cafe ada aura yang friendly dan welcoming dengan sedikit sentuhan Jepun.

Live Steaming Brioche Bread
Live Steaming Brioche Bread (facebook Little Bun Cafe)
Suasana Little Bun Cafe
Suasana Little Bun Cafe (facebook Little Bun Cafe)

Dalam cafe ni simple tapi kadang-kadang simple jugak la yang nampak cantik kat mata kita. Warna pilihan untuk Little Bun Cafe memang sesuai dengan concept. Min tengok gambar pun rasa excited nak pergi. Korang pulak macam mana?

Menu

Little Bun Cafe ada sediakan masakan Jepun – savory, desserts dan juga sourdoughs untuk korang pilih mana yang korang nak. Antara pilihan yang ada:

  • Mushroom Medley
  • Salmon In The Garden,
  • Amber-Glazed Unagi
  • Classic Buttery Scramble
  • Juicy Caesar Chicken Delight
  • Little Bun Hearty Breakfast
  • Japanese Karaage Curry Rice
  • Berry Berry Good
  • L.B Signature Tomatoes Soup
Japanese Karaage Curry Rice
Japanese Karaage Curry Rice (facebook Little Bun Cafe)
L.B Signature Tomatoes Soup
L.B Signature Tomatoes Soup (facebook Little Bun Cafe)

Pilihan Brioche:

  • Original served with Cream Butter & Yuzu Sauce
  • Pandan served with Cream Butter & Nutella
  • Walnut & Raisin served with homemade Taro Paste & Honey
Original Brioche + Cream Butter & Yuzu Sauce
Original Brioche + Cream Butter & Yuzu Sauce (facebook Little Bun Cafe)

Pilihan Sourdoughs:

Ada 20+ perisa sourdough yang ada from Little Bun Cafe so Min akan listkan top 3 sahaja.

  • Just Walnut
  • Matcha Azuki Almond
  • Blueberry Cheese
Just Walnut
Just Walnut (facebook Little Bun Cafe)
Matcha Azuki Almond
Matcha Azuki Almond (facebook Little Bun Cafe)
Blueberry Cheese
Blueberry Cheese (facebook Little Bun Cafe)

Food

Walaupun ada banyak makanan dari Little Bun Cafe yang dapat pujian dari netizen, brioche menjadi tumpuan ramai.

Review
Review (Google Review)
Review
Review (Google Review)

Review

Little Bun Cafe adalah tempat yang selesa untuk netizen yang inginkan moment ketenangan. Cafe ni pet friendly so siapa yang nak bawak haiwan kesayangan akan dialukan oleh staff yang friendly. A healing spot dan juga tempat for those yang nak cuba benda baru. Min memang recommend kepada netizen yang belum try Little Bun Cafe. Haa, netizen yang dah try tu jangan lupa tinggalkan komen about Little Bun Cafe tau!

Nak tau lagi tempat menarik di Johor Bahru? Klik link ini: https://purpledurian.my/makan/warung-pak-akob-nasi-beriani-murah-di-johor-bahru/

Location & Info

Little Bun Cafe

📍 G08, Eco Nest Apartment Jalan Eko Botanic 3/5, Taman Persiaran Eko Botani, Johor Bahru, Malaysia

🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/YLTjGvxFEhwuyp2k7

⏰Waktu Operasi: 9.30am – 6.00 pm (ISNIN CUTI)

📲Phone: 016-763 2623

📲Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100093483526660

📲Instagram: https://www.instagram.com/littlebun.cafe/

Article curated by Nada Fariza