Khirwan’s Pizza Parlor adalah sebuah trak menjual pizza yang berlokasi di Bukit Jelutong, Shah Alam. Mesti korang tertanya-tanya apa yang specialnya pizza ni kan sampai Min nak tulis review pasal pizza ni. Haa! Pizza kat sini dibakar menggunakan brick oven tau! Iya! Brick oven dalam trak pula tu, hebat kan? Mereka beroperasi dari trak dengan ketuhar di belakang. Dah banyak kali Pizza ni lalu FYP TikTok Min tau, memang pizza ni famous sangat dekat TikTok. Jadi harini Min akan tulis review sikit untuk hasut korang pergi singgah hehe.
Truck pizza in terletak berhadapan dengan Big Pharmacy di Bukit Jelutong tau. Kalau korang waze Big Pharmacy Bukit Jelutong mesti jumpa trucknya, senang je nak jumpa! Walaupun hanya beroperasi dari truck tetapi tetap ramai yang singgah dan beli pizza kat sini sebab dah ramai cakap sedap.
Khirwan’s Pizza menawarkan pelbagai jenis menu pizza yang korang tak akan dapat kat tempat lain! Dengar cerita semua pizza kat sini sedap dan rasa dia memang bertaraf restoran mahal. Biasalah kan, kadang-kadang kalau kita beli makanan dari trak tepi jalan, expectation kita tak adalah terlalu tinggi. Tetapi, pizza kat sini memang level pizza Itali dah. Sekali ngap je dah boleh terbayang tengah berdiri makan pizza di food truck di kota Itali sana.
Korang boleh tengok info dan menu lebih lanjut dekat page instagram (@khirwans_pizzaparlor) mereka tau. Harga pizza dia memang murah tau dengan saiz yang agak besar so boleh makan ramai-ramai!
1. Beef Pepperoni (RM20)
Sesiapa singgah sini memang wajib try diorang punya pepperoni pizza tau, memang menu ni antara bestseller diorang! Min dah tahu kenapa menu ni bestseller! Gabungan saus tomato dan caramelised onion tu memang power tau. Reviews pun memang banyak yang puji pizza ni, kalau korang tak percaya, try sendiri lepastu bagitau Min kena tak dengan tekak korang, okay?
“The tomato sauce is the best I’ve ever had. Padu gila! Can’t wait to try others.”
2. Tuna El Kantan (RM29)
Ini juga adalah salah satu menu yang famous kat sini! Masa baca reviews tadi Min ternampak ada yang kata rasanya macam laksa. Keunikan rasa tuna dan bergabung pula dengan bunga kantan, memang menarik betul menu ni!
“Antara flavour pizza yang pernah best saya pernah try! Genius gila!”
3. Pesto Lamb (RM29)
Menu ini juga unik tau, tengok gambar je dah tau sedap kan! Min pun terliur betul dengan yang ni! Reviews yang Min jumpa pun semuanya positif tau gais, macam mana ni!! Memang kena singgah! Pizza diorang dahlah dibuat fresh dengan Italian flour pastu dibakar dalam oven batu pulak tu! Pergh! Jom tengok review pasal pizza ni!
“Sejak try pizza ni last week, memang hari-hari craving!! Ya Allah, sedap gila! Kalau dekat memang setiap hari pergi! Dahlah murah gais”
Mesti ramai tengah meleleh air liur baca pasal Khirwan’s Pizza ni kan? Tunggu apa lagi gais, jom sama sama kita serbu! Dah lamajuga tak makan pizza yang sedap selalu kalau beli pizza tepi jalan rasa macam makan roti je. Jom ramai-ramai support Khirwan’s pizza!
📍Location:
11, Jalan Pelapik B U8/B,
Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam,
Selangor
Phone: –
Website: https://khirwanspizza.oddle.me/en_MY/
Facebook: https://www.facebook.com/Khirwanspizzaparlor
Instagram: https://instagram.com/khirwans_pizzaparlor?igshid=YmMyMTA2M2Y=
TikTok: https://www.tiktok.com/@khirwans_pizzaparlor?_t=8VfgrFX8iH3&_r=1