JOMO Eatery – Kedai Kayangan Western di Kuala Nerus

You are currently viewing JOMO Eatery – Kedai Kayangan Western di Kuala Nerus

JOMO Eatery terletak di Gong Badak, Kuala Nerus. Bagi min ini antara kafe paling best yang korang boleh jumpa dekat Terengganu setakat ni dari Interior design, makanan western, coffee dan servis semuanya tiptop. Kafe ini sangat sesuai kalau korang nak dating dengan pasangan sebab makanan yang sedap serta suasana kafe yang sangat aesthetic dan lovely.

Kafe ini memang lengkap dari segala sudut kerana keunikan menu western yang mustahil untuk dijumpai di tempat lain. Kafe ini sangat popular di kalangan orang Terengganu walaupun harga agak kayangan tetapi sangai berbaloi apa yang korang bayar. So korang wajib datang ke JOMO Eatery untuk menikmati makanan disini serta mengopi hehe.

JOMO Eatery
JOMO Eatery

Kafe dengan sentuhan interior yang begitu santai dan cozy, JOMO Eatery adalah sebuah restoran yang akan meninggalkan memori indah bukan sahaja kerana atmosferanya tapi juga kerana rasa hidangannya yang begitu sempurna seperti menikmati makanan di restoran mewah.

Dengan mengekalkan design minimalist dan aesthetic, dari luar sangat cantik kerana korang akan nampak kerusi rotan yang berbentuk seperti bunga yang sangat klasik memberikan suasana yang sentosa. Sebenarnya kafe ini amat sesuai untuk korang bergambar OOTD kerana kecantikan kafe ini dari warna putih dan brown serta ada banyak cermin untuk korang mirror selfie bersama kawan dan pasangan tercinta.

Masuk dalam kafe, teruja lagi dengan dekorasi dan suasana kafe ni. Sangat kemas dan selesa untuk korang lepak sini. Semua tersusun rapi serta lampu yang dihiasi sangat aesthetic untuk pencahayan yang cantik di dalam kafe.

Interior JOMO Eatery
Interior JOMO Eatery
Dekorasi Kerusi Rotan di JOMO Eatery
Dekorasi Kerusi Rotan di JOMO Eatery

Tiada satu pun makanan yang hanyalah sekadar hidangan biasa, kelazatan masakan yang disediakan di sini seolah-olah kesemuanya adalah menu utama atau menu ‘viral’nya. Tak percaya? Cuba sendiri. Antara yang boleh anda nikmati adalah Pesto Cream Chicken, Squid Ink Aglio, Chicken Roulade, Buttermilk Chili Seafood dan banyak lagi. Menu pencuci mulut yang menarik hati ramai pelanggan di sini pula adalah Lemon Tart yang cukup enak.

Makanan dan minuman yang mereka sediakan cukup lengkap. Tidak kira anda datang untuk dapatkan kopi pemula hari anda atau untuk makan pasta di waktu rehat tengah hari, semuanya ada. Menu yang mereka bawakan termasuk all-day breakfast atau sarapan pagi yang boleh dipesan sepanjang hari, sandwich, pasta dan dessert.

Minuman yang mereka tawarkan juga sangat banyak tetapi pilihan kopi yang mereka sediakan memang menjadi tarikan. Kopi mereka diperbuat dari biji kopi premium dipanggang yang menjanjikan rasa yang robust dan lemak. Jangan lupa untuk cuba JOMO Signature Coffee yang memang sedap dooh!

Menu di JOMO Eatery (Twitter)
Menu di JOMO Eatery (Twitter)

MENU

1. Squid Ink Aglio (RM34)

Antara menu kayangan di kafe ini tetapi sangat worth untuk korang try.Bukan selalu korang makan pasta warna hitam kerana ink sotong yang digunakan di dalam masakan. Peminat seafood pasti suka pasta ini kerana spaghetti penuh dengan sotong, udang serta lala yang fresh sangat! Korang wajib try menu kerana tak mungkin korang dapat rasa menu seperti ini kedai makan lain ye! Simple tapi sangat memuaskan hati.

Squid Ink Aglio
Squid Ink Aglio

2. Buttermilk Chili Seafood (RM28)

Buttermilk Seafood yang dihidangkan dengan loaf yang sangat lembut. Ia dimasak begitu creamy serta penuh seafood seperti lala di dalam masakan. Makan ini confirm korang akan repeat lagi ye!

Buttermilk Chili Seafood
Buttermilk Chili Seafood

3. Chicken Roulade (RM28)

Menu yang sangat menyelerakan serta portion yang besar untuk ayam. Ayam yang dipotong secara kecil untuk memudahkan korang makan serta dihidangkan bersama sos tersendiri yang sangat sedap! Presentation makanan pun lawa sangat dan akan menaikkan selera korang! Wajib try menu ini.

Chicken Roulade
Chicken Roulade

Overall kafe ini sangat berbaloi untuk korang datang makan Western food disini. Harga kayangan tetapi makanan sangat sedap serta food presentation yang lawo. Korang juga akan suka ambience kafe ini yang sangat minimalist dan chill chill gitew. Untuk kopi pun sangat sedap serta boleh order juga pastry JOMO eatery yang banyak pilihan disini.

Korang memang wajib datang ke JOMO Eatery dengan partner korang untuk dating dan create new memories with the loved one. Tagline owner ialah “Joy of Missing Out” kerana masakan yang dihidangkan akan membawa keseronokan kepada korang. Jom ke JOMO Eatery di Kuala Nerus, Terengganu.

Review Customer (Twitter)
Review Customer (Twitter)
Cermin OOTD di JOMO Eatery
Cermin OOTD di JOMO Eatery (Twitter)

LOCATION

📍 JOMO Eatery
Shoplot PT33845 Ground Floor Taman Tembesu Perdana, 21300, Terengganu

🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/LMzjS9k9XcFbfh4J7
🗺️Waze : JOMO Eatery
📱Facebook : https://web.facebook.com/jomokualanerus/?_rdc=1&_rdr
📱Instagram : https://www.instagram.com/jomo.eatery/?hl=en
📱Tiktok :https://www.tiktok.com/@jomoeatery?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Leave a Reply