Jom Ngopi di ONO Specialty Coffee & Matcha!

You are currently viewing Jom Ngopi di ONO Specialty Coffee & Matcha!

Hai korang! Hari ni min nak tunjuk satu cafe dekat Petaling Jaya yang pakar dalam minuman kopi dan matcha yang unik. Nak tahu lebih lanjut? Kenalah baca sampai habis!

Dalam kafe ONO ni memang nyaman. Dalamannya mengikut tema minimalis dan elegan. Boleh lah fokus dengan teman-teman yang korang bawak sekali dekat cafe ni.

Reka Bentuk Dalaman ONO

Menu

Minuman Matcha dan Kopi

ONO ada banyak kopi dan teh hijau istimewa dalam menunya. Mereka menghidang banyak minuman unik yang korang kena try kalau korang suka kopi dan matcha. Kalau korang suka dua-dua, boleh juga try minuman istimewa diorang, “When Two World’s Collide”, iaitu kopi Ethiopian sejuk berkarbonat dan disalut dengan krim matcha.

When Two World's Collide
When Two World’s Collide

Sando (Sandwic)

Kalau korang lapar tapi tak nak makan banyak, boleh lah cuba sando diorang. Diorang ada pelbagai sando yang korang boleh pilih, kalau nak yang manis pun ada, macam sando strawberi dan krim ni.

Strawberi Sando
Strawberry Sando

Kek Lava Matcha

Ada satu dessert dekat sini yang jadi viral jugak. Banyak orang dah oder dessert ni, so kalau korang suka matcha ni mesti wajib try. Ni kek perisa matcha yang ada lava matcha mengalir keluar kalau korang potang kek ni! Sangat sedap!

Kek Lava Matcha
Kek Lava Matcha

Kalau korang nak pergi dan try sendiri, mereka juga menghidang pelbagai makanan western lain yang korang boleh pilih ikut tekak masing-masing. Kalau nak relaks dan minum kopi dan teh hijau unik dan istimewa, boleh lah korang turun ke ONO Specialty Coffee & Matcha!

Artikel oleh Farzana Iwani

Lokasi

ONO Specialty Coffee & Matcha

📍 47, Jalan SS 2/30, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/NnfxrvN3WvMAY5gW6
⏰ Setiap hari, 10.30 AM – 6 PM
📲Instagram: ONO Specialty Coffee & Matcha
📲Facebook: ONO Specialty Coffee & Matcha