Peminat lamb shank wajib baca review min sampai habis tahu untuk restoran ini. Harini min nak racun korang makan di Mee Racun Titan yang terletak di Sungai Buloh yang sangat famous sebab makanan yang sangat menarik dan padu terutamanya lamb shank di dalam pelbagai masakan.
Tak kira mee ataupun nasi semua ada lamb shank untuk korang yang hantu kambing dan lembu ye! Memang sangat puas hati untuk korang datang ke sini ha bersama kawan kawan korang yang minat masakan daging itu.
Restoran yang sangat simple tetapi luas dan selesa untuk korang ratah lamb shank yang kaw kaw itu. Yang penting if korang tak tahu nak order apa tanya je staff disana apa speciality di Mee Racun Titan kerana staff mereka dilatih untuk friendly dengan pelanggan. Parking pun senang disini kerana ruang besar yang disediakan untuk parking pelanggan dan keselesaan mereka.
Ha lagi satu, korang pun kena try gearbox kambing yang kaw kaw disini seperti sup paracetamol, sup tulang merah, mee racun koma. Untuk korang mengidam gearbox lembu korang boleh order mee racun jannah, sup antibiotik dan sup minyak angin.
Selain itu antara hot selling disini lagi ialah lamb shank rempah merah, sup tulang merah ,sup tulang maut, nasi goreng kepala lutut dan makanan freeze. Dijamin sedap, murah dan lembut untuk santapan anda semua.
Sempena bulan Ramadhan 2023, Mee Racun Titan mengeluarkan menu baru iaitu set lemak salai untuk lamb shank, lembu, ayam, kambing dan keli. Wow sangat menarik dan unik kalau korang makan lamb shank lemak salai.
MENU
1. Lamb shank Lemak Salai (RM52)
Daging lamb shank yang sememangnya sangat lembut dimasak lemak salai yang kaw kaw padu dan pedas hahaha. Memang style orang nogori masak lemak pedas tetapi menu yang sangat unik untuk korang mencuba. Masak lemak pun pekat serta saiz lamb shank pun besar bersesuain dengan harga yang ditawarkan untuk set menu ini. Recommended untuk korang makan time berbuka puasa~
2. Mee Racun Maut (RM20)
Seram betul min dengar maut tu tambah lagi dengan ayat racun hahahah. Apa yang menarik mee racun maut ini ialah gabungan daging kambing dan kuah itu sangat kena dan kombinasi yang menarik. Mee pun lembut je serta kuah sangat pekat dan portion hidangan pun besar betul.
3. Sup Tulang Merah (RM19)
Menu ini korang makan roti kemudian cicah dengan kuah sup tulang merah itu then gigit sekali dengan daging lamb shank yang lembut sangat! Gabungan yang perfect dan menyelerakan habis.
4. Nasi Goreng Lutut (RM20)
Kalau korang taknak makan mee, korang boleh order nasi goreng lutut kambing ini. Nasi tak berminyak serta semestinya daging sangat lembut. Korang kenyang sangat korang lepas makan nasi goreng ini!
Apa lagi korang cepat cepat serbu untuk merasai keunikan lambshank dan gearbox di Mee Racun Titan yang dibuka setiap hari kecuali hari rabu dari pukul 3 petang sehingga 10:30 malam. Jom meriahkan restoran mereka dengan berbuka puasa disini menikmati hidangan kempen Ramadan yang sangat berbaloi dengan harga berpatutan untuk lambshank dan gearbox padu.
LOCATION
📍Mee Racun Titan
Medan Selera MBSA, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor
🗺️Google Maps : https://goo.gl/maps/KPexZFDAHpkYKFw97
☎️Phone : 018-261 1466
📱Facebook : https://web.facebook.com/jom.mee.racun?locale=ms_MY
📱Tiktok : https://www.tiktok.com/@meeracuntitan?_t=8bC1CoYsTFx&_r=1