Kalau korang ada di area Taman Desa, Kuala Lumpur, korang kena pergi singgah ke Jemi Cafe yang terletak di Taman Danau Desa ni tau. Lokasi kafe ni terletak di atas sebuah salun tapi korang tak perlu risau, ada signboard untuk korang naik tangga menuju ke Jemi Cafe ni.
Nampak je sign ni, korang naik tangga tau!
Kat kafe ni, ada bermacam jenis makanan yang korang boleh try tau. Korang nak makanan ringan? Ada fries. Nak makan makanan yang menyihatkan? Salad pun ada kat sini. Rasa nak makan western? Ada banyak pilihan makanan barat kat sini. Kalau nak nasi? Pun ada tau kat sini. Lepas dah isi perut dengan bermacam jenis pilihan lepastu korang nak dessert? Pun ada jugak tau! Memang lengkap lah pilihan kat Jemi Cafe ni!
Nak tahu tak apa yang kami order?
Masatu kami pergi waktu lunch dan ada promo tau. Korang boleh dapatkan air serta dessert of the day kalau korang pilih menu daripada menu promo mereka.
Inilah menu lunch kami! Sedap betul tau ketiga-tiga menu yang kami order. Portion pun banyak untuk seorang makan. Harga pun sangatlah berbaloi dengan kesedapan dan portion makanan yang dipesan.
Dah makan makanan lunch, mulut terasa nak makan manisan pula. Jadi kami order Golden Cube! Korang tahu tak Golden Cube tu apa? Makanan ni macam roti bakar atau toast yang dihidangkan bersama makanan lain seperti buah-buahan, coklat dan macam-macam lagi dan mereka akan letak satu scoop aiskrim tau. Memang ngam lah gabungan tu.
Tempted tak? Memang sedap tau. Harga pun sangat nice kalau korang nak makan dan share dengan kawan-kawan dan keluarga. Kalau korang nak try semua makanan yang kami pergi ni, boleh pergi sekarang tau! Tapi nak ingatkan yang hari Selasa tutup tau. Enjoy!
Lokasi📍
Jemi Cafe
17, Jalan 2/109f,
Taman Danau Desa,
58100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Maps: Jemi Cafe