Korang nak lepak kat spot yang cantik, penuh kehijauan dan luas tapi tak tahu mana nak cari? If so, Min ada satu kiosk yang perfect untuk korang try. Kiosk ni tak lain tak bukan ShugerNome yang terletak kat Bentong, Pahang. Tapi Min, apa yang membuatkan ShugerNome stand out dari kiosk lain kat luar sana? Ha, kalau korang nak tahu, ShugerNome ni ada menyediakan macam-macam pilihan desserts yang sedap dari kek hingga ke waffle.
Unlike kiosk yang lain, para customer boleh menikmati scenario kehijauan di sekeliling mereka yang akan dapat menenangkan fikiran. Jangan risau, placement meja di ShugerNome memastikan customer tak rasa sempit dan mereka boleh makan dengan selesa. Bukan tu je tau, ShugerNome ada menyediakan beberapa buku untuk customer baca sementara menunggu order mereka sampai ataupun untuk baca mengikut keinginan masing-masing. Buaian juga disediakan di cafe ni.
Berikut adalah beberapa contoh buku yang disediakan oleh ShugerNome untuk para customer.
Menu
- PANNA COTTA (RM6)
Antara hot selling menu di ShugerNome. Ada 2 flavour untuk Panna Cotta yang disediakan; Strawberry dan Mango. Siapa yang suka silky smooth texture, boleh try Panna Cotta ShugerNome. Personally Min akan pilih perisa Strawberry sebab favourite Min.
- BATIK INDULGENCE (RM7)
Kek Batik lovers assemble! Untuk customer yang minat Kek Batik boleh try Batik Indulgence. Texture cream cheese yang lembut dan texture crunchy dari Kek Batik mencipta rasa yang harmoni dan sedap. Confirm korang akan puas hati.
- WAFFLE ICE CREAM (RM6.90)
Nak ice cream? Nak waffle? Apa kata dua-dua? Untuk waffle lovers, Waffle Ice Cream yang disediakan oleh ShugerNome is worth the try. Gebu di dalam, rangup diluar. Ice cream yang sejuk menjadi kontras rasa waffle panas yang disediakan fresh oleh pekerja ShugerNome.
ShugerNome juga menyediakan Tarts, Puffs dan Western food untuk para customer pilih sama ada nak dine-in ataupun take-away. Selain itu, ShugerNome ini women-owned dan ada juga same-day delivery option. Min semestinya recommend untuk korang cuba ShugerNome sebab akan berbaloi duit dan masa yang korang gunakan semasa berada ni kiosk ni.
Location & Info
ShugerNome
📍NO 629 FELDA LURAH BILUT, 28800 Bentong, Pahang
🗺️ Google Maps: ShugerNome
⏰Waktu Operasi: 12.00 pm – 7.00 pm (ISNIN & SELASA CUTI)
📲Phone: 017-9357187
📲Instagram: ShugerNome
📲Facebook: ShugerNome
Article curated by Nada Fariza