Penggemar kek dan desserts mesti tak asing lagi dengan nama Gula Cakery, kan? Menyajikan lebih dari 55 jenis kek dan desserts lain harian, Gula Cakery dah lama tersohor sebagai satu jenama yang besar tau. Bermula dari perniagaan dirumah sahaja, kini Gula cakery telah berkembang dengan 6 outlet sekitar Lembah Klang, dan satu outlet yang dibuka di Melaka baru baru ini.
Dengar je nama kedai ni mesti semua dah terliur terbayangkan semua manisan kat sini kan, beberapa hari lepas Min singgah untuk merasai sendiri menu kat sini. Min pergi ke outlet pertama Gula Cakery yang berlokasi di Seksyen 31 Kota Kemuning, Shah Alam. Dekat sini, interior dia agak simple dan luas untuk cater jumlah customer yang ramai hari-hari. Bertemakan warna pastel yang cukup sweet dan menyenangkan. Cafe ini juga dipenuhi meja so memang ideal untuk datang dengan keluarga besar tau!
Antara outlet lain mereka yang korang boleh singgah juga adalah:
- Gula Cakery KL East Mall
- Gula Cakery Tropicana Gardens Mall, PJ
- Gula Petite IOI City Mall
- Andra by Gula Cakery, Arcadence Labs
- Andra by Gula Cakery, Grandeur Labs
- Malaiqa by Gula Cakery, Melaka
Bukan sahaja menawarkan pelbagai rupa dan bentuk desserts, kat sini juga ada banyak pilihan makanan savoury tau. Menurut Tuan Ritzal, pengurus besar Gula Cakery, makanan mereka berkonsepkan resepi keluarga seperti Roti Jala, Nasi Tomato dan Nasi Kerabu yang merupakan resepi turun temurun dari nenek mereka. “Chilli Butter Mussels adalah menu paling laris dan orang cari” kata Tuan Ritzal. Yelah, memang menu ni tengah viral kan jadi siapa nak try wajib la datang!
Pasta, burger dan sandwiches juga ada dalam menu mereka tau. Wah, macam-macam jenis ada tinggal pilih je nak makan apa gais!
Kalau korang dah makan kek dan nasi atau pasta dia dan masih nak something sweet, boleh naik ke bahagian atas kedai sebab ada jual ice-cream tau! Gula Creamery terletak di tingkat atas Gula Cakery sahaja dan kalau korang nak tahu semua ice cream diorang adalah cake-flavoured! Tengok je choices perisa yang ada min dah start pening-pening sebab rasa nak cuba semua perisa!!!
Korang mesti tertanya-tanya menu apa yang min order kan, jeng jeng jeng!
Chilli Butter Mussels with Mantao Bread (RM30)
Menu ni adalah salah satu hidangan istimewa dan disyorkan juga oleh Tuan Ritzal, jadi wajiblah cuba uolls. Sos Chilli Butter yang pekat berkrim ni sangat fragrant, kalau bau boleh mengenyangkan memang dah kenyang tau hidu hidangan ni! Nampak je banyak chilli flakes tapi tak terlalu pedas. Ia dimasak dengan sempurna bersama mussels yang segar, makan pula dengan mantou yang garing dan gebu tu! Nikmat tak terkata!
Berry Pavlova (RM18)
Berry Pavlova ni berjaya masuk list kegemaran min, min dah rasa banyak pavlova dari banyak tempat, safe to say, Gula Cakery punya pavlova paling best! Meringue rapuh dan chewy yang dimasak sempurna, krim yang manis dipadankan pula dengan Berries segar balancekan kemanisan dessert ni! Memang perfect sangat, Min akan datang lagi untuk pavlova dia!
Buttermilk Waffle – Double Scoop (RM29)
Tak cukup dengan kemanisan Pavlova tadi, Min juga cuba waffle ni tau! Yelah, mana lengkap kalau singgah Gula Cakery tak rasa ice cream dari Gula Creamery juga kan. Dihidang bersama satu scoop Biscoff Cheesecake dan satu scoop Ferrero Rocher ice cream. Kedua-dua flavour ice cream ni sedap sangat gais walaupun memang manis tapi dah start makan tu tak boleh berhenti pula! Setiap suapan waffle gebu yang garing dan still panas tu dengan ice cream yang manis berlemak memang cair dimulut! Sila include ni dalam order korang ya! Min dah pesan siap-siap hehe.
Memang dah habis kata-kata nak explain pasal Gula Cakery ni korang, apa kata korang bawa family dan cuba sendiri menu-menu kat sini! Min yakin korang mesti tak akan kecewa dengan setiap hidangan tak kiralah desserts, pastries atau main course mereka. Outlet mereka pun banyak so senang korang nak pergi dengan outlet yang berdekatan.
📍Location:
Gula Cakery,
11, Jln Anggerik Aranda BG 31/BG,
40460 Shah Alam,
Selangor
Phone: 03-51314604
Website: https://www.gulacakery.com/en_MY
Facebook: https://www.facebook.com/gulacakerymy/
Instagram: https://instagram.com/gulacakery?igshid=YmMyMTA2M2Y=
TikTok: https://www.tiktok.com/@andrabygulacakery?_t=8W03qyR1VOE&_r=1