Don Zhawarma Grill: Warga Penang Boleh Cuba Fries Sos Gantung Seperti Di Bukit Bintang, KL

You are currently viewing Don Zhawarma Grill: Warga Penang Boleh Cuba Fries Sos Gantung Seperti Di Bukit Bintang, KL

Orang Utara yang teringin nak makan fries macam dekat Bukit Bintang, min nak habaq kat korang dah tak payah drive jauh-jauh pergi KL untuk dapatkan fries ni sebab dekat Penang pun dah ada tau. Don Zhawarma Grill ini telah memulakan perniagaan sejak 2018 dan kini mereka telah mengeluarkan menu special mereka iaitu Fan Frites yang pasti dapat memikat hati penggemar fries. Review daripada pelanggan pun memuaskan. Korang boleh baca komen di post ini.

Anda mencari tempat menjual shawarma? Tekan di link ini: https://purpledurian.my/food-review/selera-timur-tengah-yang-lazat-di-restoran-al-amar-bukit-bintang-kl/

Menu

Fan Frites

Don Zhawarma Grill
Fan Frites (Instagram)

Menu fan frites ni, korang boleh pilih antara 5 jenis fries untuk dimakan seperti Crinkle Fry, Coated Straight Cut Fry, Seasoned Waffle Fry, Wedges dan Curly Fry. Korang pun boleh pilih topping sendiri tau. Hidangan fan frites ini memiliki dua saiz. Regular dan large. Bagi hidangan regular, korang boleh pilih 3 perisa topping (RM 8.99), manakala large korang boleh pilih 4 topping dengan berharga RM10.99.

Don Zhawarma Grill
Menu Fan Frites (Instagram)

Shawarma Ayam (RM12) / Daging (RM13)

Don Zhawarma Grill
Shawarma Ayam (Instagram)

Selain daripada fries, Don Zhawarma ini juga ada menjual shawarma yang dihidangkan panas-panas. Gabungan ayam dan sos istimewa Don Zhawarma pasti akan membuatkan korang terngiang-ngiang di awangan sebab serius sedap. Shawarma daging pun ada tau. Harga setiap shawarma di sini pun min rasa berpatutan.

Min memang suggestkan korang untuk cuba makan di Don Zhawarma ni. Setiap hari mereka berada di tempat yang berbeza tau. Nak tahu lokasi mereka di mana? Skrol sampai bawah.

Nak cari port tempat makan best di Penang? Sila tekan di siini.

Lokasi

📍 Isnin – Idaman Iris, Sungai Ara
📍 Selasa – Taman Tun Sardon
📍 Rabu – Pantai Jerjak
📍 Khamis – Macallum Park
📍 Jumaat – Jalan Mahsuri, Bayan Baru
📍 Sabtu – Farlim / Bandar Perda (1pm – 8pm)
📍 Ahad – Jambatan Ke 2 Pulau Pinang

⏰Waktu Operasi: 5pm – 11pm

📲 Phone: 010-5678642

📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@donzhawarmagrill?_t=8gRYVWSIY2J&_r=1

📲Instagram: https://instagram.com/don_zhawarmagrill?igshid=NzZhOTFlYzFmZQ==

“Article curated by Areisya Putri”