Buat Memori, Bukan Kira Kalori di Kafe Syedot ASMR, Hey Kcal Coffee & Eatery

  • Post author:
  • Post category:Food Review
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Buat Memori, Bukan Kira Kalori di Kafe Syedot ASMR, Hey Kcal Coffee & Eatery

Kalau korang kenal Syedot ASMR, korang mesti tahu yang beliau dah buka restoran sendiri, Hey Kcal Coffee & Eatery. Dengan tagline ‘Count the memories, not the calories’, restoran ni mensajikan menu fusion Asian dan Western.

Sumber: YouTube

Restoran ni baru dibuka pada tahun 2022 dan dah pun di approve oleh influencer seperti Khairulaming, Azfar Heri dan Padu Beb Studios. Terliur pulak min tengok orang makan kat situ.

Sumber: Google

Senang je nak cari HeyKcal ni dengan sign merah tu. Vibe dalam ni tenang dengan dekor yang cantik. So sesiapa yang nak posing dan post gamba dalam IG tu boleh la ye dress up cantik-cantik. Tapi makan tu lebih penting. So, jom kita tengok menu apa yang best kat sini.

Menu

Sumber: Facebook

Menu di sini campuran masakan fusion Asian, Western dan Itali. Kalau korang jenis suka makanan Itali dengan Asian twist, boleh masuk dalam list korang. Boleh tengok menu penuh kat sini.

1) Nasi Goreng Bunga Kantan

Sumber: Facebook

Nasi goreng biasa je. Tapi letak bunga kantan terus jadi lain. Rasa dan aroma terus jagi eksotik. Tambah lagi dengan ayam goreng dan kriuk kriuk keropok, memang terangkat selera. Nasi ni mula-mula rasa biasa tapi lepas rasa bunga kantan tu naik, terus rasa ummph dia. Macam rasa nasi kerabu tapi bukan. Boleh faham tak?

2) Lava Spicy Alfredo

Sumber: Facebook

Kalau korang suka pasta berkuah tapi tak nak rasa muak tapi tak suka masam-masam macam bolognaise, lava spicy alfredo ni memang untuk korang. Gabungan chili flakes dan sos alfredo dan keju parmesan memang kick. Chili flakes tu memang kurangkan muak kuar alfredo dan siapa yang suka pedas pedas memang boleh enjoy la makan. Tapi standby air sejuk tau kalau makan ni.

3) Burnt Cheesecake Latte

Sumber: Facebook

Dah habis makan lava spicy alfredo boleh basahkan tekak dengan burnt cheesecake latte ni. Macam gabungan pencuci mulut dan kopi, minuman ni wajib untuk peminat tegar kopi. Rasa creamy susu dan perisa cheesecake dengan rasa karamel gula dan pahit pahit kopi memang terbaik sebagai penutup sesi makan korang.

Review

Sumber: YouTube

So far kebanyakan review untuk kedai makan Syedot ASMR ni memuaskan. Dari segi menu, dekor, kebersihan dan fasiliti memang puas hati. Makan tu makan jugak. Kewajiban utama jangan lupa kepada yang Muslim. Portion yang banyak dan harga yang berpatutan memang korang boleh kenyang kalau makan kat situ. Dekor perabot kayu dan hiasan dalaman berkonsepkan industrial membuatkan Hey Kcal Coffee & Eatery insta-worthy untuk instagrammers kat luar sana.

Nak kenal siapa Syedot ASMR, boleh baca artikel ni.

Lokasi

📍Hey Kcal Coffee & Eatery
B3-6, Arc @ Ampang Ukay Persiaran Ampang Ukay, 6800 Ampang Jaya, Selangor.
📞+6019 6639 747
🗺 Google maps : https://goo.gl/maps/taN49ZaLERyX9eVq6
📱Instagram : @heykcal

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.