Ayam penyet memang dah tak asing dengan selera rakyat Malaysia walaupun ia asalnya adalah hidangan warisan Indonesia. Tak payah terbang ke Indonesia, kat sini pun dah terlalu ramai yang jual ayam penyet, betul tak? Haritu tengah cari-cari tempat sedap nak makan ayam penyet, Min terjumpa satu kedai ni. Dan macam biasa, of course la Min akan share dengan korang juga hihi. Ayam Penyet Godang Baru yang sangat terkenal dikalangan penggemar nasi ayam penyet sebab ayam dia yang crispy dan sambal padu terangkat!
Ayam Penyet Godang Baru yang beroperasi di Taman Puchong Prima dan warung ni memang betul-betul tepi jalan je selepas LRT Puchong Prima. Nak senang korang waze je Ayam Penyet Godang Baru, confirm sampai terus depan kedai! Warung ni dah beroperasi selama 13 tahun tau, so memang dah terer buat ayam penyet. Kata orang kalau nak makan kat sini time tengahari memang kena tahan panas la sebab yelah warung kan..
Apa yang specialnya kat sini ialah ayam goreng dia yang sangat-sangat crispy ni! Min tengok dalam gambar je dah boleh bayang kerangupan dia, tak peliklah kenapa ramai suka makan sini kan! Menu disini juga agak pelbagai tapi masih berkonsepkan makanan Indonesia. Selain Ayam Penyet, ada juga Pecal Lele, Puyuh Penyet, Nasi Ikan Talapia Merah, Ayam Penyet Cincang, Sup Daging dan banyak lagi.
Menu bestseller mereka adalah:
- Ayam Penyet RM11
Kalau korang nak tahu macam mana ayam dia boleh jadi crispy gila, diorang akan goreng ayam ni sebanyak 3 kali tau untuk dapatkan kerangupan tu haa. Tambahan pula, ada 7 bahan yang digunakan dalam batter ayam tu tau. Bahan apa tu, Min taktau la kan hehe maybe resepi rahsia turun temurun. Makan pulah dengan sambal dia perghh memang padu berpeluh peluh dibuatnya.
“Sambal super spicy, the portion too large for one person worth the price la, the chicken is crispy and hot. Definitely recommended!”
“So far its the best Ayam Godang I ever had. Almost similar to Ayam Penyet but this is better!”
- Pecal Lele (Keli Penyet) RM11
“RM11 with very big portion. Kadang dapat 2 pieces of keli kalau sizenya kecil! Sangat berbaloi.. nyum but very spicy.”
Dengan portion yang besar gedabak, harga yang berbaloi dapat pulak ayam yang crispy macam tu memang patut kedai ni viral kan? Kalau craving ayam penyet korang boleh try yang ni tau! Min pun dah plan nak pergi weekend ni, harapnya tak terlalu ramai orang. Jom sama sama singgah makan ayam penyet ni!
📍Location:
Ayam Penyet Godang Baru,
Taman Puchong Prima,
47100 Puchong,
Selangor
Phone: 019-2993259
Website: –
Facebook: (lin
Instagram: –
TikTok: –