ADILROTI – Port roti canai best di Kuala Terengganu

You are currently viewing ADILROTI – Port roti canai best di Kuala Terengganu

Korang yang mengidam roti canai yang luar biasa bolehlah breakfast di Adilroti yang terletak di bawah Jambatan Sultan Mahmud. Port breakfast ini sememangnya sangat terkenal di kalangan orang Terengganu kerana keunikan roti canai yang dihidang disini dan lain dari yang lain min boleh cakap. Takkan jumpa di kedai makan lain haaaaa.

Bayangkan korang makan roti canai dibawah jambatan Terengganu wow memang gempak kan pengalaman itu. Jadi apa lagi korang mana mana yang craving roti canai yang havoc boleh singgah di Adilroti ye!

Suasana di Adilroti
Suasana di Adilroti
Roti canai Adilroti
Roti canai Adilroti

Okay sekarang min nak cerita suasana di kedai ini memang jenis santai and sangat simple. Tapi yang paling penting banyak meja dan ruang yang luas, sangat sesuai nak breakfast kerana kebiasaan orang Terengganu memang suka breakfast hahaha.

Tapi kalau peak hour tu ha memang korang kena beratur sekejap tapi jangan risau korang akan dapat tempat duduk ha. Parking pun senang kat sini ye. Lagi satu kat sini ada mural dinding berkonsepkan warisan Terengganu so korang bolehlah bergambar disitu buat kenangan breakfast di Adilroti ye.

Location kat sini dekat dengan Muzium Terengganu jadi lepas korang kenyang breakfast disini bolehlah melawat Muzium Terengganu yang banyak menyimpan heritage Terengganu.

susunan meja di Adilroti
susunan meja di Adilroti

Untuk makanan disini, roti canai yang paling hot selling ialah Roti Canai Denasor dan Roti Goyang. Antara menu roti canai yang lain ialah roti tisu kebiasaan di order oleh kanak kanak kerana ada dilimpahi dengan coklat ye dan yang menarik lagi kat sini pun ada Shawarma, Salad serta kueh mueh tradisional Terengganu.

Adilroti bukan sekadar roti tetapi penuh dengan menu kayangan. Jadi korang kena try semua roti kat sini bersama teh ais yang kaw kaw!!

Makanan di Adilroti
Makanan di Adilroti

MENU

1. Roti Sarang Denasor (RM10.00)

Roti canai ini sangat unik ye korang kerana korang akan makang roti canai bersama dengan daging ayam yang diperap dengan resipi tersendiri kedai ini dan juga roti ini dimakan bersamas dengan telur mata yang cair ditabur di atas roti canai. Ia juga dihidang bersama kuah kari dan sambal ikan bilis. Rupanya agak sama dengan roti sarang burung tetapi ada kelainan dan keunikan tersendiri roti canai ini. Min memang recommend korang try roti canai sebab tiada di kedai lain.

Roti Sarang Denasor
Roti Sarang Denasor

2. Roti Goyang Gedik (RM7.00)

Roti goyang ini ialah hidangan popular di Adilroti dan memang sedap dooh ye! Roti canai yang dihidang bersama telor separuh masak dan kuah kari serta sambal ikan bilis. Memang gedik habis roti canai sebab selalu goyang hahaha 😂

Roti Goyang Gedik
Roti Goyang Gedik

3. Salad Ayam (RM7.00)

Rata rata pengunjung disini memang recommend salad ayam Adilroti kerana ia sangat menyelerakan dan sihat. Isi ayam pun banyak dan salad sangat fresh bersama sos yang sedap sangat! Portion pun besar jadi memang kenyang dooh untuk orang yang nak diet!

Salad Ayam Adilroti
Salad Ayam Adilroti

Bagi min, Adilroti memang tempat makan terbaik yang patut korang kunjungi untuk breakfast bersama keluarga tercinta. Korang memang kena try signature roti canai Adilroti yang lain dari yang lain dengan harga yang amat berpatutan. Jemput semua datang cuba dan komen!

Menu Adilroti
Menu Adilroti

LOCATION

📍Adilroti
Kios No3 Medan Selera MBKT Bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Hiliran, Jalan, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/ZmqkZsow8PAas5ke9
🗺️Waze : Adilroti
📱Facebook : https://web.facebook.com/adilroti16/?locale=ms_MY&_rdc=1&_rdr
📱Instagram :https://www.instagram.com/adilroti/?hl=en
📱Website : https://adilroti.business.site/
📞 Phone : 010-560 3700

Leave a Reply