Kedai Makan Ala – Ala Zaman P. Ramlee Bersama Masakan Asli Orang Melayu – White & Black Kampong at Heritage KL

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Kedai Makan Ala – Ala Zaman P. Ramlee Bersama Masakan Asli Orang Melayu – White & Black Kampong at Heritage KL

Korang tengah sibuk duduk di bandar tapi rindukan masakan ibu korang. Meh sini min sharekan restoran yang menjual makanan kampung yang dengan rasa asli dan sedap. Nama restoran ini adalah White & Black Kampong at Heritage KL. Ramai tau selebriti yang dah datang rasa masakan kampung disini. Semuanya berpuas hati dengan masakan mereka.

Vibes restoran mereka juga sangat klasik dan mengingatkan kita pada zaman P. Ramlee dulu. Decoration restoran mereka juga sangat cantik dan sesuai untuk korang ber-ootd sambil makan masakan kampung. Apa yang penting masakan mereka semua sedap dan fresh dimasak setiap hari siap ada masakan panas lagi tau. Ada juga menu seperti sambal petai, masak kicap dan lain-lain. Korang boleh pilih tau masakan apa korang nak dan nak lauk apa contohnya ikan, ayam, udang, ketam, ayam kampung dan lain-lain.

WNB

Korang nak tengok video review dari pelanggan yang dah datang ke sini boleh tekan link. Mereka yang dah datang ke sini semuanya berpuas hati dengan masakan dari White & Black Kampong Heritage. Korang yang rindu masakan ibu korang boleh singgah ke sini mesti dapat mengubat rindu tu lepas makan. Nak tahu mana lagi restoran yang menjual masakan kampung di bandar Kuala Lumpur boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/restoran-hidang-kl-menyediakan-makanan-kampung-kegemaran-korang/

Menu White & Black Kampong Heritage

1. Ketam Masak Cili Padi

ketam cili padi

Dekat sini pun ada menu ketam tau. Harganya tak sampai RM100 pun weh. Murah sangat portion pun banyak. Makan dengan nasi panas memang padu weh !

2. Sambal Petai Udang Harimau

sambal petai udang galah

Haa mana peminat sambal petai boleh order sambal petai udang harimau. Tapi mereka juga ada sediakan lauk lain seperti sotong, ketam, ikan dan lain-lain. Korang boleh pilih je dan harga berbeza ikut lauk yang korang pilih.

3. Kerabu Kacang Panjang

kerabu kacang panjang

Min first time jumpa kerabu kacang panjang. Tapi min tahu mesti sedap dan rangup rasa kacang panjang tu makan dengan nasi panas memang sedap weh.

Banyak lagi menu menarik yang min nak kongsikan dengan korang. Mereka juga ada menjual hidangan nasi goreng tau. Kalau korang tak tahu nak makan apa order nasi goreng pun sedap. Selain itu, ada juga set menu berlauk yang berpatutan untuk korang dan kawan-kawan makan bersama. Restoran White & Black Kampung Heritage ni buka setiap hari kecuali hari Isnin. Mereka bermula beroperasi pada jam 11 pagi hingga 11 malam. Datang jangan lupa ajak family dan kawan-kawan. Nak senang korang boleh reserved dulu sebab restoran ni selalu penuh.

Location
📍 White & Black Kampung Heritage

15, Jalan Kamunting, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/iignHYHnZmt2pcSG8

📲 Instagram : https://www.instagram.com/white_blackheritage/?hl=en
📲 Facebook : https://www.facebook.com/kampongheritageKL?locale=ms_MY
📲 TikTok : https://www.tiktok.com/@wnbkampongheritage?lang=en