Makan Sate Masa Sarapan Pagi? Uniknya ! – Nurul Sate Batang Pinang

You are currently viewing Makan Sate Masa Sarapan Pagi? Uniknya ! – Nurul Sate Batang Pinang

Siapa sini orang johor mesti tahu kalau di Johor mereka akan makan makanan berat untuk sarapan pagi. Haa sate pun antara menu sarapan pagi untuk orang Johor. Tapi kali ni min bukan nak share restoran di Johor tapi satu restoran yang terletak di Selangor. Nama restoran tersebut adalah Nurul Sate Batang Pinang. Mereka menghidangkan menu sarapan dari negeri Johor. Mereka ada sate, nasi lemak pandan, soto dan macam-macam lagi.

Kalau korang nak tahu Nurul Sate Batang Pinang ni memang dah popular dari dulu lagi. Setiap pagi restoran mereka akan penuh dengan orang yang nak datang sarapan disini. Menu yang mereka ada semuanya menarik lebih-lebih lagi sate batang pinang mereka. Cukup rasa dan lembut. Korang wajib kena try sate batang pinang di restoran ni.

nurul sate batang pinang

Meh min kongsikan video review dari netizen yang dah datang ke Nurul Sate Batang Pinang. Makanan mereka semuanya sedap dan harga pun sangat berpatutan tau. Orang Johor yang tinggal di Selangor tu singgah lah kalau rindukan masakan orang Johor. Haa nak tahu dekat mana lagi ada masakan asli dari negeri Johor korang boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/dtimer-cafe-rasa-asli-makanan-johor-di-wangsa-maju/

Menu Nurul Sate Batang Pinang

1. Laksa Johor (RM10.90)

laksa johor

Korang kalau nak tahu laksa johor ni agak berlainan tau dengan laksa yang kita biasa makan. Laksa johor ni lebih pekat dan mereka menggunakan mee kuning.

2. Sate Campur (RM14.50)

sate campur

Sate campur ni antara menu best seller di Nurul Sate Batang Pinang. Pelanggan akan dapat 3 cucuk daging, 5 cucuk ayam, timun dan kuah kacang. Sesuai untuk korang yang tak makan banyak masa sarapan pagi.

3. Lontong Sate Daging (RM16.90)

lontong sate daging

Kalau nak kenyang sampai tengah hari min sarankan korang ambil menu lontong sate daging. Memang kenyang weh ! Lontong mereka tu dimasak menggunakan daun pisang untuk mengekalkan keaslian cara memasak lontong.

Best ke tak best port sarapan pagi yang min kongsikan kali ni. Selain sate mereka juga ada pelbagai lagi makanan lain yang korang boleh order. Contohnya, asam pedas, nasi briyani, nasi minyak, nasi lemak dan banyak lagi. Nurul Sate Batang Pinang dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan mereka mula beroperasi pada jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang. Min sarankan korang datang waktu hari bekerja sebab hujung minggu port makan ni akan penuh dengan orang. Jangan lupa ajak family dan kawan-kawan tau !

Location

📍 Nurul Sate Batang Pinang

10, Jalan Tempinis, Kampung Tengah, 47100 Puchong, Selangor

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/cNdPsBmKx2rZpfCF8

📲Instagram: https://www.instagram.com/nurul_satebatangpinang/?hl=en
📲Facebook: https://web.facebook.com/nurulsatebatangpinang/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@nurulsatebatangpinang