Siapa sini peminat mee celup dari negeri Kelantan? Haa min ada jumpa satu kedai makan yang menjual mee celup stambung dan kedai makan ini sangat famous di Ketereh, Kelantan tau. Korang yang tinggal di sana mesti tahu kan? Meh min share kan nama kedai makan tersebut adalah Warung Raysha. Warung Raysha ini menjual pelbagai jenis makanan seperti mee celup urat keting & perut, air asam perut, daging bakar dan macam-macam lagi. Apa yang penting semuanya sedap korang.
Kedai makan ini menghidangkan mee celup yang sangat sedap tau lebih-lebih lagi ada menu baru dimana korang boleh order mee celup bersama lauk celup tepung. Kalau korang ambil menu ni dah tak payah pening nak order apa sebab menu ni sangat popular dekat sini dan cukup untuk 3 ke 4 orang makan tau. Warung Raysha ni pun agak besar, seronok kalau dapat ajak family dan kawan-kawan makan dekat sini sambil bercuti.
Bukan itu saja, dessert pun ada macam-macam weh ! Wah memang best kalau nak makan petang dekat sini dengan family. Korang tak percaya boleh tengok video review ni. Korang yang jauh tu jangan lah sedih. Meh sini min kongsikan satu restoran makanan kelantan yang terletak di Tawau, Sabah. Cuba baca dulu untuk mereka yang berada di Sabah untuk cuba makanan dari Kelantan.
https://purpledurian.my/makan/warung-d-kelate-menu-dari-kelantan-di-tawau/
Menu Warung Raysha
1. Set Dulang Mee Celop Celop Tepung
Haa ini menu yang viral hari tu. Set Dulang Mee Celop Celop Tepung sesuai untuk 3 ke 4 orang makan. Macam-macam makanan celop tepung yang mereka bagi bersama sos cili thai, mayonis dan juga cheese.
2. Es Buah Campur
Panas-panas makan es buah campur pun ngam juga kan? Es buah campur ni macam koktail yang kita selalu minum tu. Tapi ini buah dia lagi fresh dan bila makan rasa segar je.
3. Sotong Celop Tepung
Menu celop tepung ni tak payah cakap lah memang jadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi sotong celup tepung, udang celop tepung dan lain-lain. Adunan tepung dia tu memang sedap sangat. Korang wajib cuba !
Haa min dah sharekan tempat makan menarik yang ada di Ketereh, Kelantan. Korang yang tengah bercuti di Kelantan sekarang ni atau bercadang nak balik kampung raya haji nanti cuba lah singgah di Warung Raysha. Min jamin korang tak akan rugi punya. Warung Raysha buka setiap hari kecuali hari Rabu dan mereka beroperasi pada jam 11.30 pagi hingga 7.30 petang. Bawalah kawan-kawan dan family korang makan dekat sini mesti balik terus teringat-ingat.
Location
📍 Warung Raysha
Warung Raysha, 16450 Ketereh, Kelantan
🗺 Google maps: https://goo.gl/maps/JLNyCPAULoz8D6to6
📲 Facebook: https://www.facebook.com/RayshaLaukStambung
📲 Instagram: https://www.instagram.com/warung.raysha/?hl=en
📲 TikTok: https://www.tiktok.com/@raysha.laukstambung