Pasangan Durian Kimchi telah membuka restoran bbq korea di IOI City Mall, Putrajaya pada 27 May 2023. Siapa je yang tak kenal pasangan serasi dari Korea dan Kelantan ni. Mariam dan juga Ryzal telah membuka sebuah restoran yang bertemakan korean bbq. Pelbagai jenis daging lembu premium yang mereka sediakan dengan harga yang berpatutan. Ada juga makanan lain seperti mee, stew, korean meals, dan makanan bergoreng. Nak tahu tak nama restoran apa? Haa namanya adalah K Garden Korean BBQ, 100% Halal dan Muslim Friendly.
Korang yang mana suka sangat dengan makanan korea boleh datang dan cuba makan dekat sini. Rasa dia memang terbaik weh. Maklumlah owner restoran ni pun memang asal dari Korea jadi semuanya rasa authentic. Bukan setakat makanan je sedap, tempat makan dia pun best ala-ala dekat korea gitu. Setiap meja akan ada grill untuk memudahkan pelanggan nak masak daging tapi demi keselamatan pekerja restoran akan grill kan untuk korang. Korang kalau nak mudah boleh ambil set je terus sebab memang berbaloi sangat-sangat. Lepas tu K Garden Korean BBQ ni ada bingsu juga tau harganya RM9.00 sahaja. Murahkan !
Korang kalau datang sini mesti rambang mata tak tahu nak pilih makan apa, kalau order banyak takut tak habis sebab portion dia memang besar cukup untuk makan 2 orang. Tambah pula dengan side dish memang penuh satu meja. Nak tengok video review boleh tengok disini. Seronok tau makan dekat sini sambil santai-santai bersama keluarga. Nak makan bbq bawa ramai-ramai baru lah best kan. Tapi kalau korang nak cari korean bbq di area Petaling Jaya boleh baca artikel ni. Tempat ni pun best tau rasa memang authentic dari Korea.
https://purpledurian.my/food-review/sedapnya-korean-bbq-di-daega-malaysia/
Menu K Garden Korean BBQ
1. Seafood Pancake (RM29.00)
Seafood pancake antara menu yang ramai orang nak cuba sebab selalu tengok dekat kdrama je tapi kali ni dapat rasa sendiri memang sedap.
2. Hot & Spicy Fried Chicken (RM26.00)
Menu yang biasa orang Malaysia akan pilih adalah hot & spicy fried chicken. Tapi ini version yang authentic dan memang pedas. Kalau korang suka pedas boleh pilih menu ni.
3. Japchae (RM23.00-RM26.00)
Ini pun antara menu sangat digemari peminat-peminat kdrama sebab selalu sangat tengok diorang makan japchae setiap kali ada majlis apa-apa kan. Buatkan kita jadi teringin nak rasa sedap ke tak japchae ni. Japchae ada dua pilihan korang boleh pilih nak ayam atau daging lembu tapi dua ni harga sedikit berbeza.
Teringin nak cuba tambah pengalaman makan korean bbq boleh datang ke K Garden Korean BBQ di IOI City Mall. Dibuka setiap hari, pada hari Isnin hingga Khamis akan dibuka pada jam 12 tengah hari hingga 10 malam manakala hari Jumaat hingga Ahad akan dibuka pada jam 11.30 pagi hingga 10 malam. Jemput meriahkan lagi K Garden Korean BBQ dan rasa pengalaman makan macam di Korea.
Location
📍K Garden Korean BBQ
L1E205-207, 1st Floor, City, IOI City Mall, 2, Lbh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya
🗺️Google Maps : https://goo.gl/maps/eVxWVJVqXjgtcqwC9
📱 Instagram : https://www.instagram.com/kgardenmalaysia/