Korang pernah cuba kopi dicampurkan dengan mentega? Agak-agak apa rasa dia eh. Tapi kalau korang nak tahu dekat Pontian, Johor dah ada kopi mentega yang unik. Mereka cipta resepi kopi ni sendiri tau. Nama cafe ni adalah Kopi & Mentega. Bukan sahaj kopi yang mereka sediakan tapi ada juga pelbagai menu sarapan, makan tengah hari dan makan petang. Ramai yang kata makanan dekat sini sedap-sedap dan harga pun berpatutan. Korang kalau nak cuba kopi mentega yang unik ni boleh lah singgah di Kopi & Mentega cafe. Cafe ni betul-betul terletak di tepi jalan saja senang korang nak nampak. Vibes cafe ni pun best dan sesuai untuk korang ajak family makan dekat sini.
Kopi & Mentega cafe ni luas dan meja pun banyak korang jangan risau nak cari tempat duduk. Mesti ada daripada korang pernah nampak cafe Kopi & Mentega ni lalu dekat fyp TikTok kan sebab apa tau sebab cafe ni dah viral sampai ramai betul yang datang dari jauh hanya untuk cuba kopi mentega dan kopi nongkrong. Dua jenis kopi ni memang best seller.
Korang kalau teringin nak rasa keunikan kopi mentega ni boleh datang ke Pontian, Johor sebab tak rugi pun korang cuba terutama food hunter. Food hunter mestilah kena try makanan dan minuman unik contohnya macam kopi mentega ni. Sambil-sambil order kopi boleh juga order nasi lemak mereka. Nasi lemak mereka pun antara yang ramai pelanggan order sebab sedap sangat. Tak percaya boleh tengok food review disini. Alang-alang dah ke Johor mesti lah nak cari port makan best lagi kan? Haa min ada satu tempat yang nak share dengan korang dan korang boleh baca artikel ni. https://purpledurian.my/makan/restoran-yang-memiliki-lebih-150-menu-terletak-di-johor-bahru-biar-betul/
Menu Kopi & Mentega Cafe
1. Kopi Mentega Ais (RM4.00)
Haa ini lah rupa kopi mentega. Tapi mereka ada dua jenis satu kopi mentega dan kopi mentega O. Korang boleh pilih nak susu atau gula dan nak ais atau tidak. Ikut korang yang mana korang suka.
2. Kopi Nongkrong (RM4.00)
Selain kopi mentega, kopi nongkrong juga adalah favourite pelanggan bila datang ke kedai ini. Sebab rasa kopi ni pahit-pahit manis memang sedap.
3. Nasi Set Asam Pedas Siakap (RM22.00-RM24.00)
Korang yang belum pernah makan asam pedas ikan siakap boleh datang ke sini dan rasa sendiri asam pedas mereka yang pekat dan padu. Memang terbaik siap dengan ulam-ulaman lagi mereka bagi.
4. Roti Bakar Dapur Arang (RM4.00)
Kalau korang datang waktu pagi atau petang bolehlah cuba roti bakar dapur arang ni memang sedap. Crispy di luar lembut di dalam.
Unik kan cafe Kopi & Mentega ni. Min suka dengan rasa keunikan kopi mentega mereka. Paling best sebab mereka buat sendiri resepi kopi ni tau. Jadi takkan ada rasa muak pun bila minum. Lepas tu makanan dekat sini pun sedap-sedap siap ada pecel, asam pedas ayam kampung, masak lemak daging salai, nasi lemak paru dan banyak lagi. Memang datang sini akan keliru nak order makanan apa. Kopi & Mentega Cafe akan dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan akan buka pada jam 8 pagi hingga 5 petang. Jadi korang orang Pontian yang tak tahu nak breakfast dekat mana boleh singgah sini. Mesti kenyang sampai tengah hari haha..
Location
📍 Kopi & Mentega Cafe
Kg Ulu Pulai Gelang Patah, 81650 Johor bahru, Johor
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/yCyczJ7pb9bfdq4g6
📲 Facebook: https://www.facebook.com/people/KopiMentega/100086813329928/
📲 TikTok: https://www.tiktok.com/@kopimentegacafe?lang=en