Torte By Linda – Memperkenalkan Pelbagai Jenis Russian Desserts Di Puchong

You are currently viewing Torte By Linda – Memperkenalkan Pelbagai Jenis Russian Desserts Di Puchong

Seorang baker dari Malaysia telah membina sebuah cafe dengan menjual pelbagai jenis Russian desserts yang jarang kita jumpa di Malaysia. Seperti kita tahu Malaysia ini terdapat pelbagai jenis makanan yang datang dari antarabangsa seperti kunafa, makanan western dan sebagainya. Tapi kali ni min jumpa cafe yang membuat Russian desserts dan pembuatnya adalah orang tempatan. Nama beliau adalah Linda Rozlee dimana beliau telah membuka sebuah cafe yang terletak di Puchong bernama Torte By Linda. Kalau korang datang sini korang akan rasa pelbagai jenis dessert yang best-best. Kepada yang pernah pergi ke Kazakhstan, Uzbekistan, Ukraine, dan Rusia mesti akan tahu dessert yang mereka ada disana.

Nak lagi menarik interior design cafe mereka sangat selesa dan kemas. Best kalau dapat ajak anak-anak atau kawan-kawan datang cuba dessert dekat sini. Mereka bukan sahaja menyediakan dessert tapi mereka juga ada menu coffee yang sesuai makan dengan Russian desserts. Torte By Linda menyediakan Russian desserts seperti Syrniki, Classic Medovik, Oreshki, Vareniki, Samsa dan banyak lagi. Yang penting semuanya sedap dan harga berpatutan.

Torte by linda

Korang kalau nak tengok suasana cafe Torte By Linda boleh tengok video review ni. Mesti buatkan korang rasa nak datang sini cepat-cepat. Siapa yang belum pernah rasa Russian desserts memang wajib datang sini sebab rasa dia tak sama macam dessert dekat tempat lain. Tapi kalau korang duduk luar Selangor nak cari tempat dessert yang sedap dan harga berpatutan boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/chocacake-makang-cake-sambil-layan-view-pantai/

Menu Torte By Linda

1. Classic Medovik

classic medovik

Kalau korang teringin nak rasa original medovik boleh try classic medovik ni memang sedap sangat.

2. Medovik Summer Berries

summer berries

Ada juga medovik dengan pelbagai jenis topping yang best. Korang boleh datang dan pilih salah satunya medovik summer berries.

3. Syrniki

Sryniki

Syrniki antara bestseller dessert dekat Torte By Linda. Kalau korang nak tahu Syrniki ni adalah cheesy Russian pancakes yang diperbuat oleh Tvorog. Rasa dia memang sangat sedap korang boleh makan dengan jem, sour cream atau madu.

Haa ini antara menu yang menarik untuk korang cuba di Torte By Linda. Sebenarnya banyak lagi yang min nak kongsikan tapi min rasa lebih baik korang datang dan tengok sendiri dessert yang ada di sana. Percayalah korang takkan menyesal dan korang akan dapat experience rasa Russian desserts yang authentic. Cafe Torte By Linda dibuka setiap hari dan bermula pada jam 11 pagi hingga 6.30 petang. Ajak kawan-kawan dan family datang sini tau.

Location

📍 Torte By Linda

Level 1 8, Jalan BK 5a/1, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor

Google maps: https://goo.gl/maps/qmbHSL63awL2F2FK6

📱 Facebook: https://www.facebook.com/tortebylinda
📱 Instagram: https://www.instagram.com/tortebylinda/?hl=en
📱 TikTok: https://www.tiktok.com/@lindarozlee