Peminat seafood meh sini min nak share satu tempat best dengan korang. Tempat ni makanan dia semuanya sedap-sedap weh. Bukan itu saja view tempat ni pun menarik sebelah laut je. Haa nama restorannya adalah Restoran Abah Ikan Bakar D’Muara yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Apa yang bestnya tempat ni sediakan macam-macam jenis seafood macam lobster hidup, ketam hidup, udang, lala, sotong, ikan dan banyak lagi. Sampaikan korang sendiri tak tahu nak pilih apa untuk dimakan.
Restoran Abah Ikan Bakar D’Muara ni terletak betul-betul sebelah laut kalau korang datang masa air laut tengah pasang memang cantik tapi kalau air laut surut nampak lumpur je la korang haha.. Tapi interior design mereka sangat cantik dan selesa. Bukan sahaja ada ruang makan di luar tapi kalau korang nak makan sambil ada privasi dengan keluarga ruang makan di dalam bilik pun ada tau. Memang terbaik lah tempat ni.
Korang kalau datang sini kena pandai buat pilihan sebab takut macam-macam nanti yang korang teringin. Dekat sini korang boleh pilih nak makan seafood frozen atau yang masih hidup cumanya ada perbezaan harga saja. Korang juga boleh pilih nak masak seafood korang ikut selera yang korang inginkan contohnya nak masak sambal, celup tepung, buttermilk dan banyak lagi. Apa yang penting semuanya sedap dan fresh.
Jom min share range harga seafood yang ada dekat Restoran Abah Ikan Bakar D’Muara .
Range Harga
- Lobster frozen (RM80.00 – RM328.00)
- Lobster hidup (RM438.00/kg)
- Ketam bunga (RM8.00/kg)
- Ikan Siakap (RM6.50/kg)
- Ikan Jenahak (RM9.00/kg)
- Ikan Pari (RM5.50/kg)
- Ikan Talapia (RM6.00/kg)
Dan banyak lagi…
Korang jangan risau harga itu termasuk sekali dengan harga untuk mereka masak. Jadinya harga yang korang bayar tu memang sangat berbaloi dengan apa yang korang akan dapat nanti. Memang terbaik weh ! Kalau tak percaya boleh tengok video review ni. Kalau korang yang dekat sabah tu jauh nak cari tempat seafood yang best macam ni boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/sri-titingan-restoran-seafood-dan-steamboat-terbaik-di-tawau/
Menu Abah Ikan Bakar
1. Ketam Bunga Masak Sambal
Ini adalah menu yang selalu orang order bila datang ke Restoran Abah Ikan Bakar D’Muara sebab masak sambal dia sangat sedap dan cukup rasa. Kalau korang datang sini pastikan ambil yang ini tau.
2. Udang Buttermilk
Selalunya kalau udang pelanggan akan pilih buttermilk atau sambal sebab dua-dua ni menu best seller diorang tau. Rasa creamy lepas tu makan pula dengan udang yang fresh padu weh. Wajib cuba !
3. Lobster Buttermilk
Kalau untuk lobster pula tak banyak pilihan sangat sebab takut hilang rasa asli dekat lobster tu sendiri jadi selalunya pelanggan akan order buttermilk, kukus atau bakar sebab nak rasa manis dari lobster tu.
Haa sebenarnya macam-macam lagi yang mereka boleh masak untuk korang. Korang request je nak masak macam mana yang penting sedap weh. Korang yang jauh nak datang keRestoran Abah Ikan Bakar D’Muara r boleh buat tempahan dulu sebab takut penuh lagi-lagi hujung minggu memang penuh restoran ni. Meh min belanja view dekat Restoran Abah Ikan Bakar D’Muara masa air laut surut.
Cantikkan view dekat sini jadi jangan lupa singgah makan di Restoran Abah Ikan Bakar D’Muara di Sungai Besar, Selangor. Restoran ini buka setiap hari kecuali hari Selasa. Bawa family atau kawan-kawan datang makan disini memang best sambil-sambil layan view laut. Mereka ada satu lagi cawangan di Sekinchan. Korang boleh pergi ke sana juga tau sebab sama sahaja cuma view di sini lebih menarik.
Location
📍 Restoran Abah Ikan Bakar D’Muara
D Muara Dorani Marine Parks, Jalan Lama Kuala Selangor, 45300, Sungai Besar, Selangor
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/mLWF643dHMfjmKtV8
📲Facebook: https://web.facebook.com/AbahSeafoodSekinchan/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@abahlobster