Masakan Warisan Nogori di Restoran Raso Omak Den

You are currently viewing Masakan Warisan Nogori di Restoran Raso Omak Den

Dengar nama kedainya sahaja dah dapat teka apa jenis masakan yang bakal menanti. Ya, Restoran Raso Omak Den yang terletak di Taman Melawati ini menghidangkan pelbagai jenis masakan Negeri Sembilan yang asli. Bagi yang suka makan ‘podas-podas,’ di sinilah deria rasa anda dapat merasai nikmat menjamu selera yang sebenar.

Antara hidangan yang menanti adalah sambal tempoyak daun kayu, daging salai masak lemak, ikan bakar, masak lemak cili api, pucuk ubi masak tempoyak, daging kicap, udang sambal dan banyak lagi. Bagi anda yang nak berbajet dalam belanja, jangan risau, semua lauk-pauk lengkap dengan harga untuk memudahkan korang mencongak jumlah cajnya nanti.

Restoran ini turut menyediakan hidangan sarapan pagi dengan makanan seperti mee, nasi lemak dan juga pelbagai jenis kuih-muih.

Bukan sahaja dapat merasai hidangan yang dimasak secukup rasa, layanan yang diberikan juga sungguh menyejukkan hati. Kalau macam ni, datang setiap hari pun tak apa.

Masakan di Restoran Raso Omak Den
Masakan di Restoran Raso Omak Den

MENU

1. Daging Salai Masak Lemak

Ini memang fav customer kalau nak rasa masakan Negeri Sembilan sebab rasa yang pedas berlemak macam itu. Daging pun banyak dan sangat empuk. Bau tak hamis dan pedas di tu memang menyengat ler. Kan masakan nogori hahaha. Tapi ini memang menu yang wajib korang try if datang sini. 10/10!

 Daging Salai Masak Lemak
Daging Salai Masak Lemak

2. Ikan Bakar

Ikan bakar di Restoran Raso Omak Den adalah hidangan yang famous dan sangat recommend untuk para pelanggan. Ikan yang digunakan segar dan disajikan dengan rempah-rempah yang sedap dan pedas. Hidangan ini biasanya disajikan dengan nasi putih dan ulam.

Menu Ikan Bakar
Menu Ikan Bakar

Overall ini restoran yang sangat popular bagi yang mencari masakan Nogori yang sangat sedap dan rasa lain dari yang lain. Memang vibe kampung habis and confirm menambah nasi korang. Jangan lupa untuk datang ke Restoran Raso Omak Den bagi merasai sendiri keenakkan lauk pauk dan makanan lain yang disediakan. Korang pasti tidak akan menyesal dan berpuas hati dengan semua hidangan di restoran ini.

Restoran Raso Omak Den
Restoran Raso Omak Den

📍Restoran Raso Omak Den
Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

🗺️Google Maps : https://goo.gl/maps/CUX9TinAAdRN2g6D6
☎️Phone : 01121391676
📱Facebook : https://www.facebook.com/WangsaMajuNetizen/posts/restoran-raso-omak-den-taman-melawatijikalau-anda-berada-berdekatan-dengan-kawas/1389391404490524/