Malam Raya Sebelum Raya di Nota Anarki

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing Malam Raya Sebelum Raya di Nota Anarki

Salam semua! Sudahkah anda bersedia untuk menyambut Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi? Ada yang dah mula balik kampung ke? Min tengok jalan raya dah mula sesak tu. Untuk yang belum pulang ke kampung halaman, ada satu acara ni yang korang tak boleh dilepaskan. Yup, ‘Malam Raya Sebelum Raya Anarki II’ yang akan diadakan pada hari Rabu, 19 April ini dari jam 8:30 malam hingga 2 pagi ini. Jap apa benda tu? Ha kalau korang nak tahu, Nota Anarki merupakan sebuah bisnes tempatan yang ber-anarki dengan konsep minuman dan masakan konvensional.

Anda akan menemukan makanan lazat seperti kuih tradisional dan kopi yang pastinya menjadi kombo paling best untuk moreh. Selain itu, mereka juga membawa thrift shop dan streetwear. Siapa yang tak sempat shopping raya lagi tu, inilah masa yang paling sesuai untuk membuat last minute shopping. Mana tahu dapat jumpa sesuatu untuk dibusanakan pada Hari Raya nanti.

Kopi Nota Anarki

Acara ‘Malam Raya Sebelum Raya Anarki’ juga merupakan tempat yang sesuai untuk berinteraksi dan bersosialisasi dengan orang lain sambil menikmati makanan ringan yang lazat. Oh, lupa pulak nak pesan, acara ini juga memiliki tema baju raya, so boleh lah ambil gambar raya siap siap!

Jadi untuk warga Subang Bestari dan sekitar dengannya, jom meriahkan ‘Malam Raya Sebelum Raya Anarki’ dan rasakan semangat Aidilfitri bersama sama.

Tarikh: 19 April 2023 (Rabu)
Masa: 8:30 malam – 2:00 pagi

Lokasi

📍 Nota Anarki

Jalan Nova U5/L, Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

🗺 Google Maps: https://goo.gl/maps/dSLg65UyZBXiLELX6

📞 +60 10-425 3044

📱Instagram: @notanarki