Salam Ramadan semua. Pada bulan April ini, banyak juga filem-filem yang sedang tayang di sinema kan. Filem yang akan datang pun Min tengok macam menarik je. Tadi Min check Instagram GSC Malaysia nak tengok movie apa yang ada, eh tiba-tiba nampak mereka ada menyiarkan menu terbaru mereka. Apakah menu terbaru mereka?
Menu Terbaru GSC Malaysia
1) Popcorn Onde-Onde
GSC Malaysia kini menghadirkan menu baru yang pasti membuat para pecinta kuih excited, yaitu popcorn onde onde. Berbeza dengan popcorn biasa, popcorn ini hadir dengan cita rasa khas Malaysia, jadi memang rugi lah kalau tak cuba sebab ia cuma ada untuk masa yang terhad sahaja.
2) Pisang Goreng
Pisang goreng ni makanan yang sering kita makan. Tapi, pisang goreng di sinema? Ha itu sangatlah baru dan unik. Macam best je kalau dapat makan pisang goreng panas panas sambil menonton filem terbaru. Jangan sampai ketinggalan!