Padu Beb Terus Mantap Dengan Konten dan Kolaborasi

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Padu Beb Terus Mantap Dengan Konten dan Kolaborasi

Kalau kita nak cakap suatu benda tu memang best, ada yang akan cakap benda ni memang ‘padu beb’! Haaa… So korang mesti kenal jugak food influencer mukbang terkenal Malaysia yang lebih dikenali sebagai Padu Beb. Nama sebenar beliau ialah Mohd Sufian Abdullah dan beliau memulakan Padu Beb Studios sejak tahun 2016 lagi.

Kalau korang nak tahu, Padu Beb masa mula-mula buat YouTube channel bukan untuk mukbang tau! Antara video-video terawal beliau berbentuk vlog tentang kehidupan beliau. Video pertama di channel Padu Beb Studios adalah beliau menceritakan tentang perkahwinan beliau pada ulangtahun perkahwinan yang ketiga. Kini, beliau juga aktif di Facebook, Instagram dan TikTok.

Sumber: YouTube

Perjalanan beliau memang panjang tetapi konten beliau mendapat sambutan bukan sahaja dalam negara tetapi di luar negara juga. Kalau tengok video-video Pian ni memang kebanyakannya ada sari kata Bahasa Inggeris, jadi konten beliau sampai kepada penonton di luar Malaysia juga.

Sumber: YouTube

Pada tahun 2018 konten beliau berjaya mencapai 1 juta penonton. Sebagai tanda terima kasih kepada subscribers beliau melakukan spicy noodles challenge. Kini video tersebut adalah yang paling popular dalam channel Padu Beb Studios.

Sumber: YouTube

Selain daripada itu, beliau juga membuat kolaborasi dengan Mark Wiens pada tahun 2019! Siapa tak kenal YouTuber Mukbang yang bertapak di Thailand ini yang terkenal dengan mimik mukanya yang penuh ekspresi. Mark Wiens pun dah berapa kali buat konten di Malaysia dan Pian antara food influencer bertuah yang berjaya membuat kolaborasi dengan influencer tersebut. Seronok je tengok chemistry Pian dengan Mark sambil makan ikan patin masak tempoyak.

Nak tahu siapa lagi food influencer terkenal kat Malaysia, korang boleh baca artikel ni.

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.