Harini min nak review satu kedai dessert yang boleh korang jatuh cinta dengan dessert dessert mereka. Ohana Dessert terletak di Skru Besi Food Arcade KL yang sangat famous untuk homemade dessert mereka yang sangat menarik dan confirm korang akan suka! Ia dikendalikan oleh 3 beradik yang amat minat dengan business dan paling penting sangat suka MAKANAN.
Jadi makanan disini memang sesuai untuk orang suka dessert manis dan comel comel gitew. Kedai Ohana Dessert memang cute dengan decoration cloudy dan bertema biru muda macam itu. Dihiasi dengan pelbagai gambar makanan yang instagramable sangat memang kena dengan kedai desserts. Meja pun banyak disini jadi lepas order tu terus je makan desserts panas panas itu memang ngam habis!
Ohana Dessert speciality ialah baby pancakes, donuts, popis banana dan churros yang sangat menyelerakan. Jangan risau korang harga makanan disini sangat berbaloi dengan kesedapan dan kecomelan desserts yang dijual. Korang memang patut cuba kesemua dessert disini bersama partner korang.
MENU
1. Baby Pancakes Flavour Strawberry Sprinkle (RM12.00/10pcs)
Baby pancake so fluffy dengan topping strawberry rasa premium dan sedap sangat. Kira macam mereka guna topping strawberry yang harga mahal sebab kalau beli yang mur mur cepat rasa muak dan manis sangat. Untuk yang ini memang tak muak langsung so korang boleh order bebanyak.
2. Almond London Popis (RM12.00/5Pcs)
Popia yang dimasak amat rangup dan inti pisang lembut manja je. Tambah dengan topping almond london tu memang ngam sangat untuk peminat chocolate sebab manis tu balance je. Sedap sangat korang!
3. Choco Biscoff Donut (RM8.50)
Lembut gila korang donut yang dihidangkan disini plus dengan sos biscoff melimpah melimpah. Tak kedekut langsung korang. 10/10!
4. Pop Churros Boz (RM10.50)
Adunan churros sangat butterry so jadi tak puas makan sebab sedap sangat korang. Banyak kali suap tak ingat sebab dipotong kecil kecil sahaja. Bukan macam kat luar yang diorang bagi yang panjang itu. So senang nak makan sambil cicah sos chocolate. Best sangat!
Overall Ohana Dessert memang port dating yang amat sesuai untuk korang bawak partner masing masing makan dessert yang comel dan gebu. Service pun mantap dari staff so korang tanya je if tak tahu nak order apa. Tunggu apa lagi korang jemput singgah Ohana Dessert yang menyediakan pelbagai menu dessert yang tempting sangat!
Orang Terengganu kalau mengidam baby pancake juga boleh singgah ke Kafe Kueh Mueh yang menyediakan baby pancake yang gebu molek. Boleh baca review min disini https://purpledurian.my/makan/viral/kafe-kueh-mueh-street-baby-pancake-gebu-di-kuala-terengganu/
LOKASI
📍Ohana Dessert
LOT 34341, Jln 1/125A, Taman Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/eTazYs7xa8q2KcJn7
☎️Phone : 01154148977
📱Tiktok : https://www.tiktok.com/@ohanadessertmy?_t=8bIirA2DqQk