Roti Puri Cicah Sardin adalah resepi hari ke-15 puasa pada tahun ini yang dikongsikan oleh Khairul Aming. Beliau telah kongsikan pelbagai video resepi kepada followers nya di media sosial. Pelbagai jenis makanan, minuman dan juga dessert yang beliau telah kongsikan sepanjang bulan ramadhan tahun ini. Setakat ni resepi apa yang korang suka dari Khairul Aming? Apapun jom kita tengok macam mana nak buat roti puri cicah sardin.
Roti Puri Cicah Sardin nak sedap kena tengok resepi Khairul Aming ni sampai habis. Sukatan pun kena lah betul. Jom kita cuba buat !
Bahan-bahan:
- Tepung gandum
- Minyak masak
- Yis
- Bawang merah
- Bawang putih
- 1 tin sardin (Dapatkan sardin disini –> https://shope.ee/AUNlciJUK8)
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- Kicap manis (Nak pedas boleh guna kicap manis pedas mahsuri –> https://shope.ee/99sO29wBow)
- Cili padi
- Limau nipis
Cara-cara:
- Mula-mula sediakan mangkuk dan masukkan 2 1/2 cawan tepung gandum, 2 sudu makan minyak masak, 1 sudu kecil garam, 3/4 cawan air dan 1 sudu kecil yis.
2. Uli semua bahan tersebut dengan menggunakan tangan dan tambahkan lagi 1 sudu tepung gandum. Sambung uli sehingga sebati dan biarkan doh rehat selama 30 minit.
3. Sementara tunggu doh rehat kita masak sardin. Mula-mula tumiskan 1 biji bawang merah dan 3 ulas bawang putih yang telah dihiris.
4. Kemudian, tumisan dah naik bau boleh masukkan sardin dan hancurkan sedikit sardin biar jadi ketulan kecil.
5. Tambahkan, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Tambahkan juga kicap manis sedikit, cili padi yang dah dipotong dan sedikit perahan limau nipis. Kacaukan sehingga rata dan boleh matikan api.
6. Kembali ke roti puri, lepas 30 minit korang rehatkan ambil sikit doh tadi dan gentel hingga bentuk bulat kecil.
7. Kemudian, letakkan sedikit tepung untuk kita roll doh tadi tapi jangan roll nipis sangat atau tebal sangat tau.
8. Sediakan minyak yang panas dan gorengkan doh yang kita roll tadi. Mandikan dia agak-agak dah nampak warna kecoklatan dan kembang boleh angkat. Ulang step yang sama untuk doh puri yang lain.
- Dah siap roti puri dan sardin boleh hidangkan makan bersama kawan-kawan atau keluarga.
Haa.. senang je kan nak buat roti puri cicah sardin ni. Sesuai kalau korang yang tak selera nak makan nasi tapi still nak kenyang boleh buat resepi ni. Memang senang dan sedap sangat weh. Kalau korang nak pedas atau tak pedas pun boleh, korang cuma adjust dekat sardin tu je tau. Kalau korang nak tengok video resepi roti puri cicah sardin dari Khairul Aming boleh tengok dekat sini. Selamat mencuba semua !