Jom Makan Sajian Cina Ala Kantonis Muslim di Restoran Mohd Chan

You are currently viewing Jom Makan Sajian Cina Ala Kantonis Muslim di Restoran Mohd Chan

Siapa je tak kenal Restoran Mohd Chan yang sememangnya sangat popular kerana hidangan makanan Cina ala kantonis sesuai untuk tekak orang Malaysia dan Southeast Asia. Restoran Mohd Chan mempunyai lebih 14 cawangan di seluruh Malaysia tetapi min hanya akan review di Seksyen 15 Shah Alam. Mohd Chan menggabungkan citarasa terbaik Asia dengan resipi terpelihara dengan baik yang diturunkan dari generasi ke generasi, untuk mencipta rasa tersendiri hidangan mereka.

Peminat masakan Cina confirm akan suka dan menjadi pelanggan tetap restoran ini kerana setiap hidangan yang mereka sajikan penuh dengan warna, tekstur dan perisa asli masakan Cina. Restoran ini dibuka setiap hari dari 11:30 pagi hingga 11 malam. Sangat sesuai untuk korang lunch dan dinner disini untuk mencuba sajian yang sedap dan terbaik dari Mohd Chan.

Restoran Cina Mohd Chan
Restoran Cina Mohd Chan

Apa yang min suka dari restoran Mohd Chan ialah dekorasi restoran mereka yang sangat mengetengahkan adat Cina yang klasik tetapi restoran yang sangat premium. Restoran yang amat selesa dan sesuai untuk korang datang makan sajian Cina disini bersama keluarga korang.

Korang memang akan tertarik dengan restoran ini yang cantik berkelas dan mereka menggunakan warna hijau sebagai tema restoran. Servis restoran pun sangat tiptop dan friendly. Order dan tunggu je makanan korang sampai.

Interior Restoran Mohd Chan
Interior Restoran Mohd Chan

Untuk makanan restoran ini, ada pelbagai sajian yang korang pesan antaranya menu popular ialah crabmeat soup with abalone slices, ikan siakap stim limau, ikan siakap 3 rasa, classic butter prawn, crispy ayam szechuan dan sebagainya. Jangan risau tak lengkap makan makanan Cina tanpa dimsum kan, jadi Mohd Chan pun ada resepi dim sum mereka tersendiri iaitu Shanghai Dumpling dan Golden Dumpling. Banyak lagi menu yang korang boleh tengok dan cuba sendiri keunikan masakan mereka.

Hidangan lain yang ditawarkan ada ikan, lembu, ketam, ayam, sayur serta pelbagai jenis hidangan mi dan nasi. Terdapat juga perkhidmatan katering yang ditawarkan untuk majlis keramaian, mesyuarat, latihan dan private event.

Sajian Restoran Mohd Chan
Sajian Restoran Mohd Chan

MENU

1. Crabmeat soup with abalone slices (RM 28)

Sup ketam bersama isi abalon yang fresh fresh. Rasa sajian ini masam masam manis dan korang boleh nilai sendiri betapa pekatnya kuah sup ini. Portion pun besar dan boleh rasa ketam fresh dalam masakan bersama isi abalon yang sedap sangat!

Crabmeat soup with abalone slices
Crabmeat soup with abalone slices

2. Chinese Pancake (RM16)

Pancake ini gebu tapi rangup betul dan inti dia ialah kaya. Yang penting tak muak serta inti kaya tak kedekut langsung. Memang favourite sangat pancake gebu ini!

Chinese Pancake
Chinese Pancake

3.Classic Butter Prawn (RM37.90)

Korang yang suka seafood wajib order menu ini sebab ada udang yang disalut salutan butter yang lemak gitu dan sedap. Udang rangup sangat dan boleh rasa isi tebal hidangan ini. Yang penting seafood ini semua fresh ye!

Classic Butter Prawn
Classic Butter Prawn

4. Siakap Goreng 3 rasa (RM64)

Ini pun menu signature untuk restoran ini kerana hidangan ini sangat masam manis dan saiz ikan pun besar. Makan dengan nasi panas panas memang kena betul! Berbaloi sangat sangat hehe.

Siakap Goreng 3 rasa
Siakap Goreng 3 rasa

5. Yam Basket with Ayam Kong Boh & Spring Roll (RM35.90)

Menu ini ialah seperti popia bulat perisa keladi diisi dengan ayam sambal Kong Boh didalam popia dan banyak kacang gajus didalam hidangan ini. Yang penting rangup diluar tetapi lembut berkrimi didalam. Sekeliling roti itu dihidang bersama popia sayur rangup. Bagi min hidangan ini sangat cantik dan unik. Terus berselera korang kalau order masakan ini.

Yam Basket with Ayam Kong Boh & Spring Roll
Yam Basket with Ayam Kong Boh & Spring Roll

6. Four Season Vegetables (RM21)

Tak lengkap lah makan nasi tanpa sayur, nama pun masakan cina muslim kan. Ada 4 jenis sayur dalam masakan ini dimasak rangup dan pedas yang secukup rasa. Memang sedap sangat!

Four Season Vegetables
Four Season Vegetables

Overall korang memang wajib datang ke restoran Mohd Chan kalau tak pernah try lagi masakan Cina Muslim yang halal kerana masakan mereka sangatlah menarik dan sedap sedap. Ini masanya korang nak try keunikan masakan Cina resepi tersendiri turun temurun restoran Mohd Chan.

Restoran yang sangat premium sesuai untuk makan waktu tengahari sehingga makan malam bersama keluarga atau kawan kawan. Tunggu apa lagi korang jom serbu ramai ramai ke restoran Mohd Chan yang berdekatan dengan korang!

LOCATION

📍Restoran Mohd Chan
Jalan Utas D 15/B, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

🗺️Google Maps : https://goo.gl/maps/aMG5u6QpT2krmtyy6
☎️Phone : 03-5511 8228
📱Website : https://www.mohdchan.com.my/restaurants/mohd-chan-restaurant/
📱Facebook : https://web.facebook.com/mohdchanmy/?locale=ms_MY