Jom Iftar di Malaya Garden IOI City Mall Putrajaya

You are currently viewing Jom Iftar di Malaya Garden IOI City Mall Putrajaya

Harini min nak review restoran yang menyediakan makanan Eastern dan Western berinsipirasikan tekak melayu kita serta menggunakan bahan bahan tempatan. Malaya Garden terletak di IOI City Mall Putrajaya jadi selepas korang penat shopping korang bolehlah singgah untuk merasai makanan ala melayu yang premium sangat!

Selain itu juga, Malaya Garden turut mempunyai cawangan lain di Jalan Balai Polis Kuala Lumpur dan TS Law Tower betul betul di tengah bandar Kuala Lumpur jika korang jauh dari Putrajaya ha. Bagi min Malaya Garden ini sangat mengetengahkan makanan melayu terutamanya kepada pelancong pelancong kita dan korang pun pasti terkejut dengan hidangan yang sangat menarik disini.

Malaya Garden
Malaya Garden

Untuk Malaya Garden di IOI City Mall ini sangatlah cantik restoran mereka kerana bertemakan melayu klasik moden yang amat selesa untuk korang menjamu selera disini. Rata rata pengunjung sangat tertarik dengan decoration dan suasana di restoran Malaya Garden ini serta sangat insta worthy. Ruang restoran pun besar jadi sesuai untuk korang datang makan besar besaran dengan keluarga dan kawan kawan semua ye.

Untuk pilihan makanan disini sangat banyak terutamanya masakan ala ala melayu seperti Nasi Lemak Raksaa, Laksa Kari dan sebagainya. Sizzling yang sangat menyelerakan pun ada disediakan disini seperti crispy thai chicken, sotong laksa dan percik meatball. Wow gabungan rasa melayu dalam masakan fusion ye!

Selain itu juga sempena bulan ramadan, Malaya Garden turut menawarkan pakej Ramadan dari harga serendah RM78 untuk 2 pax. Sangat berbaloi dengan makanan yang disediakan untuk korang berbuka puasa di bulan mulia ini.

MENU

1. Laksa Kari (RM29)

Size hidangan yang amat besar serta menyelerakan betul. Laksa yang dimasak sangat berlemak dihidangkan dengan udang yang fresh dan saiz gergasi. Boleh rasa kari yang menyengat sangat dan laksa pun lembut je bila makan itu. Korang wajib try okay!

Laksa Kari (JomKita)
Laksa Kari (JomKita)

2. Chai Siu Ribeye (RM68)

Daging rib eye disini sangat lembut dimakan dengan sos perepan resepi tersendiri Malaya Garden memang umph sangat! Sangat berbaloi untuk korang cuba dengan saiz rib eye yang besar serta banyak dengan harga yang berpatutan amat.

Chai Siu Ribeye (JomKita)
Chai Siu Ribeye (JomKita)

3. Nasi Lemak Raksasa (RM38)

Ini adalah menu popular di Malaya Garden kerana nasi lemak yang mempunyai keunikan tersendiri. Ayam yang sangat besar serta rangup dihidangkan dengan telur mata dan nasi yang berlemak. Sambal pun pedas manis memang sangat kena dengan tekak melayu korang!

Nasi Lemak Raksasa (JomKita)
Nasi Lemak Raksasa (JomKita)

4. Malaya Big Breakfast (RM33)

Korang kalau nak breakfast disini pun apa salahnya mencuba menu yang begitu sedap! Ada pelbagai menu didalam satu pinggan ini iaitu salad dengan sos masam manis, cendawan, toast serta telur separuh masak. Memang besar betul portion disini confirm kenyang satu hari korang!

Malaya Big Breakfast (JomKita)
Malaya Big Breakfast (JomKita)

5. Malaya Garden (RM16)

Minuman yang berinspirasikan tropikal dengan perisa manggo serta susu. Minum sejuk sejuk confirm hilang dahaga korang!

Malaya Garden drink (JomKita)
Malaya Garden drink (JomKita)

6. Set Ramadan Malaya Garden (RM78/2PAX)

Jom berbuka dengan set bufet yang mempunyai hidangan seperti mini curry puff, popia, peanut sesame ball, pulut hitam serta pelbagia pilihan kek kesukaan anda. Untuk main course korang boleh pilih 2 dari hidangan sawadee rice bowl, fish& chips, curry laksa pasta dan roasted chicken “percik”. Wow sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan untuk makanan yang sangat premium.

Ramadan Special Malaya Garden
Ramadan Special Malaya Garden

Overall korang kena singgah di Malaya Garden untuk menjamu selera hidangan Melayu yang sangat premium tetapi lumayan dengan harga. Ditambah pakej dengan restoran yang sangat selesa untuk korang santai ataupun meeting dengan klien korang!

Special di bulan ramadan obviously kena try pakej Ramadan Malaya Garden yang banyak sangat juadah tradisional terutamanya untuk korang mengidam masakan tradisional Melayu! Jemput singgah Malaya Garden di IOI City Mall yang dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Selamat menjamu selera~

Menu Malaya Garden (JomKita)
Menu Malaya Garden (JomKita)

LOCATION

📍Malaya Garden IOI City Mall Putrajaya

City, LG-80, A&B, Lower Ground Floor IOI City Mall, Lbh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya

🗺️Google Maps : https://goo.gl/maps/RbTg6nMemqXnZ3vD7
☎️Phone : 016-912 1268
📱Facebook : https://web.facebook.com/malayagarden/?_rdc=1&_rdr 📱Website : https://linktr.ee/malayagarden?fbclid=IwAR3g04Ox6SKIZLyqy29nIafGnRo3w8VYar47B1aGCNGH7QHrKBz_-LvrQdQ