Min nak bawa korang ke satu restoran yang menyediakan pelbagai juadah makanan dari pagi sampailah ke malam untuk korang semua. Seha Kitchen terletak di Gombak, Selangor dibuka setiap hari kecuali Khamis dari pukul seawal 7:30 pagi sehingga 10:30 malam. Cukup complete meal untuk korang datang makan disini breakfast, lunch dan dinner. Menu pun sangat banyak ye untuk korang explore dan mencuba.
Selain itu, Seha Kitchen sekarang mempromosikan menu rahmah dimana korang boleh tambah air, nasi secara percuma je. Memang kenyang lah korang ye tambah nasi panas panas makan dengan menu yang sedap di Seha Kitchen itu. Bagus betul Seha Kitchen ada menu rahmah ini dapatlah bantu mana mana pelanggan mereka yang lapar dan dalam masa dapat menaikkan nama kedai mereka.
Seha Kitchen menyediakan menu yang menarik antaranya Lontong, Soto, Mee Kari, Nasi Lemak Pandan untuk menu pagi manakala untuk lunch dan dinner korang bolehlah order set ikan yang sangat berbaloi dan masakan panas seperti tomyam dan pelbagai lagi.
MENU
1. Lontong Kelibut (RM10.90)
Lontong yang sangat menyelerakan kerana tak kedekut langsung hidangan lontong disini semuanya besar. Kuah lontong memang pekat dan sedap sangat. Korang boleh makan dengan paru sambal memang ngam habis. Portion lontong memang banyak sememangnya puas hati!
2. Set Ayam Besar (RM15.90)
Ini antara menu yang paling famous disini kerana mereka bagi ayam saiz quater wow memang besar betul. Sambal nasi ayam pun padu habis makan dengan nasi dan ayam. Recommended!!!
3. Set Ikan Siakap (RM39)
Korang boleh pilih nak order ikan siakap masak apa seperti 3 rasa ke dan lain lain. Ikan siakap besar dan isi pun lembut. Makan panas panas memang auto tambah nasi woi!
4. Tomyam Ayam (RM9)
Tomyam ayam disini pun memang ngam habis. Tomyam yang cukup masam dan pedas serta pekat ye! Memang auto hirup kuah tomyam sampai habislah korang ye hahaha
Apa apa pun min boleh cakap makanan disini sangat berbaloi kerana portion yang mereka sediakan besar dengan harga yang berbaloi. Datang sini dengan family confirm meriah habis sambil menikmati makanan yang sedap sedap. Apa lagi cepat datang ke Seha Kitchen yang menyajikan menu menu sedap serta rahmah sangat untuk korang!
LOCATION
📍 Seha Kitchen
51, Jalan SG 3/12, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/atV2xN9MHKhTUFbp8
📱Phone : 012-242 4185
📱Facebook : https://ar-ar.facebook.com/sehakitchen
📱Instagram : https://www.instagram.com/sehakitchen/?hl=en