30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Nanas Laici Sparkling

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Nanas Laici Sparkling

Hi korang ! Macam mana dah seminggu kita berpuasa korang okay ke tu ? Harap semua masih bersemangat nak jalani ibadah berpuasa tahun ni. Macam biasa min akan share kan resepi dari Khairulaming untuk program 30 hari 30 resepi dan puasa ke-7 ni Khairulaming bagi lagi idea resepi untuk air berbuka puasa. Selalunya Khairulaming akan share air yang akan buat kita rasa fresh sangat bila berbuka kan. Jadi resepi kali ni adalah nanas laici sparkling. Haa.. bestnya menu air kali ni mesti fresh.

Nanas Laici Sparkling

Air special hari ni Nanas Laici Sparkling. Wah ! Mesti rasanya menyegarkan lagi-lagi minum masa berbuka puasa nanti. Jom kita try !

Bahan-bahan:

Cara-cara:

blend buah nanas

1. Mula-mula blend kan 1 tin buah nanas dengan airnya sekali dengan 2 sudu madu. Korang boleh blend kasar atau halus ikut citarasa korang ya. Kalau rasa nak minum tu nak ada ketul-ketul nanas boleh lah blend sekejap je dan kalau nak smooth boleh blend lama sikit.

tuang air nanas

2. Sediakan jag dan masukkan ais ke dalam jag, Kemudian, tuangkan air nanas yang diblender tadi.

letak daun pudina dan laici

3. Lepas itu, tambahkan daun pudina dan isi buah laici dalam jag.

tambah sparkling water

4. Tambahkan air sparkling ke dalam jag sampai penuh ikut kuantiti air nanas korang ya. Kemudian gaulkan air tersebut sampai sebati.

dah siap

5. Dah siap gaul, boleh lah dihidangkan. Tapi kalau boleh buat air ni nak dekat-dekat berbuka nanti sebab kita nak rasa gas atau carbonated dari sparkling tu. Baru lah rasa dia segar.

Haa.. mudah je kan. Tak susah pun buat air ikut resepi Khairulaming ni sebab bahan-bahan dia pun mudah dicari dan rasa air dia pun refreshing sangat. Min suka betul ikut resepi air berbuka puasa Khairulaming ni. Korang boleh cuba buat dan kasi family korang rasa silap hari bulan hari-hari family korang minta resepi air berbuka Khairulaming. Korang kalau nak tengok video resepi Khairulaming ni boleh tengok disini. Jadi jangan lupa cuba ya korang dan selamat berpuasa semua !