Salam Ramadhan korang! Harini min nak share dengan korang resepi berbuka dari Khairulaming. Macam yang kita tahu Khairulaming ada buat program 30 hari 30 resepi dimana beliau kongsikan melalui media sosial beliau. Bermacam resepi yang beliau buat sepanjang bulan ramadhan ni tau. Korang nak tahu fun fact tak program 30 hari 30 resepi ni dah berjalan selama 6 tahun weh. Lama kan? Maknanya mesti ada lebih 150 resepi yang beliau kongsikan sepanjang ramadhan.
Sejujurnya video masakan dari Khairulaming ni sangat membantu ramai orang untuk cari idea nak masak apa setiap hari pada bulan ramadhan. Kita kalau boleh sesekali dalam seminggu tu mesti nak makan yang special sikit kan. Oleh itu, hari ni min nak kongsikan 4 menu air berbuka puasa dari Khairulaming untuk korang buat sebelum berbuka ni okay.
Jom kita buat menu air ni untuk berbuka jangan risau mudah je nak buat dan bahan pun senang je nak dapat. Jom start !
1. Teh Bunga Longan
Bahan-bahan:
- Dua tin air teh bunga (Gunakan air teh bunga kotak pun boleh tau –> https://shope.ee/7f3V74kOA4)
- 6-7 biji limau nipis
- Asam boi putih
- 1 tin buah longan (beli 1 tin buah longan di sini pun boleh –> https://shope.ee/99sIu4CYH6)
- Ais
Cara-cara:
1. Masukkan ais ke dalam mangkuk dan tuangkan 2 tin air teh bunga.
2. Masukkan bahan-bahan seperti limau nipis, asam boi, 1 tin longan. Korang boleh adjust rasa dia okay kalau nak banyak longan boleh tambah lagi.
3. Kemudian, kacau sebati dan siap untuk dihidang. Mudah kan !
2. Orange Juice Soda
Bahan-bahan
- Orange juice (apa-apa brand pun boleh)
- Aiskrim soda (Tak tahu nak pilih brand apa boleh klik sini –> https://shope.ee/8zYshtIp4y)
- Daun pudina
- Lemon
- Ais
Cara-cara:
1. Masukkan ais ke dalam jag dan tambahkan orange juice separuh jag.
2. Tambahkan soda sehingga penuh jag tersebut.
3. Tambahkan beberapa hirisan lemon dan sedikit daun pudina bagi lagi fresh rasa dia.
4. Kacau semua bahan biar sebati dan siap untuk dihidang. Rasa dia masam manis memang fresh sangat.
3. Bandung Laici
Bahan-bahan:
- Ais
- 1 tin susu cair
- 2 tin laici
- Sirap ros
Cara-cara:
1. Mula-mula sediakan blender dan masukkan satu tin laici ke dalam blender
2. Kemudian, masukkan 1 tin susu cair ke dalam blender.
3. Blend kedua-dua bahan tersebut dan sampai la korang nampak tekstur dia creamy.
4. Tuangkan bahan yang sudah di blend ke dalam jag yang ada ais dan tambahkan sirap ros serta 1 tin laici.
5. Kacau kesemuanya hingga sebati dan boleh dihidangkan kepada keluarga.
4. Coconut Shake Gula Melaka
Bahan-bahan:
- 1 biji air kelapa (Tak tahu mana nak cari air kelapa boleh beli air kelapa ni –> https://shope.ee/LGuO6zNc0)
- Aiskrim vanilla
- 3 sudu pekat manis
- 3 sudu air gula melaka
- Ais
Cara-cara:
1. Sediakan blender dan masukkan ais serta 1 biji air kelapa ke dalam blender. Tambahkan 3 sudu susu pekat.
2. Masukkan 3 sudu air gula melaka bersama 5 scoop aiskrim vanilla.
3. Blend kan semua bahan sehingga sebati.
4. Tuangkan bahan yang di blend tadi ke dalam jag dan tambahkan sedikit isi kepala serta aiskrim vanilla.
5. Kacau dan siap untuk dihidangkan. Rasa dia tak terlalu manis dan sangat fresh untuk minum ketika buka puasa.
Senang je kan semua resepi air untuk berbuka ni. Bahan-bahan pun sangat mudah untuk korang dapatkan. Korang boleh je pergi pasaraya atau kedai runcit untuk beli bahan-bahan ni semua. Rasa air yang Khairulaming buat ni sangat fresh untuk kita yang dah penat seharian berpuasa. Nak lagi best lepas je siap air ni kita minum pula sama-sama dengan ahli keluarga memang bertambah sedap rasa air tu. Berkongsikan lebih baik betul tak. Nak lebih jelas boleh tengok video beliau di sini.
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua orang muslim diluar sana.