Gulai Patin Tempoyak Terbaik Dari Temerloh Pahang – Kancil Raja Patin

You are currently viewing Gulai Patin Tempoyak Terbaik Dari Temerloh Pahang – Kancil Raja Patin

Hari ni min nak share restoran yang terkenal di Temerloh, Pahang. Kalau ke Temerloh apa yang akan korang cari? Mesti la ikan patin kan. Haa.. kenalkan Kancil Raja Patin adalah sebuah restoran yang selalu menjadi pilihan orang konvoi sebab semua lauk mereka dari ikan patin tau. Restoran ini sangat terkenal dengan ikan patin mereka lebih-lebih lagi ikan patin masak tempoyak dan pais patin. Dua menu ni selalu jadi kegilaan ramai pelanggan tau.

Gulai patin tempoyak dalam satu periuk besar pun boleh habis korang. Hebat betul penangan ikan patin tempoyak di Kancil Raja Patin ni. Ikan patin yang mereka dapat tu fresh dari sungai Pahang. Selain itu, ramai juga artis-artis telah hadir ke Kancil Raja Patin ni untuk rasa sendiri keaslian ikan patin mereka. Contohnya, Rhys William, Shuib, dan Khairulaming.

KRP
Source: KRP Google

Menu paling famous dekat Kancil Raja Patin ni adalah Gulai Patin Tempoyak, Pais Patin, dan Pais Patin Kayu Api. Tapi bukan ini je banyak lagi menu lain yang korang boleh pilih sebab semuanya sedap-sedap weh. Best kalau makan ramai-ramai ajak kawan dan family datang ke Kancil Raja Patin. Kalau korang nak tengok food review untuk restoran Kancil Raja Patin boleh tengok sini.

Kepada korang yang tengah jalan-jalan dekat Temerloh, Pahang tapi tak tahu nak pergi makan dekat mana. Korang boleh baca artikel ni sebab restoran ni pun sedap sangat tau.
https://purpledurian.my/makan/warung-acu-1-restoran-tapi-semua-jenis-makanan-ada/

Menu Kancil Raja Pahang

1. Gulai Patin Tempoyak

gulai patin tempoyak
Source: KRP Facebook

Gulai Patin Tempoyak antara makanan yang sangat famous di Kancil Raja Pahang. Setiap kali pelanggan datang mesti mereka cari menu ini dahulu. Selalunya mereka akan pilih bahagian kepala sebab itu rasa dia paling sedap dan berlemak.

2. Pais Patin

pais patin
Source: KRP Facebook

Pais patin pun antara paling favourite dekat KRP ni sebab rasa pekat pais tu sendiri memang sedap. Pais patin ni dimasak di atas pemanggang biasa. Rasa juicy dan fresh ikan tu memang terbaik lah.

3. Pais Patin Kayu Api

pais patin kayu api
Source: KRP Facebook

Haa. Pais Patin Kayu Api ni lain sikit sebab ia dipanggang diatas kayu arang. Jadi rasa dia sedikit berbeza sebab ia akan rasa smokey dari asap kayu arang itu. Tapi ni pun menu kegemaran pelanggan di KRP tau.

Korang kalau nak rasa gulai ikan patin tempoyak dan pais patin yang asli dan kaw boleh datang ke Kancil Raja Patin di Temerloh, Pahang tapi sekarang mereka juga ada cawangan di area Kuala Lumpur tau. Jangan lupa kalau datang tunjuk kad member Club Cari Makan untuk dapatkan diskaun 10%. Baru lah seronok nak makan banyak-banyak!

📍 Kancil Raja Patin Temerloh

63, Jalan BDS 1, Bukit Desa Semantan, 28000 Temerloh, Pahang

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/zfn4cRYAPvpNN8Nb8

📲Facebook: https://www.facebook.com/kancilrajapatin/
📲Instagram: https://instagram.com/kancilrajapatin?igshid=YmMyMTA2M2Y=
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@kancilrajapatin?_t=8arPk4FQGwM&_r=1