Zus Coffee Memberi Kejutan Sempena Bulan Puasa Ini

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing Zus Coffee Memberi Kejutan Sempena Bulan Puasa Ini

Korang! Min ada berita best ni. Zus Coffee, sebuah jenama kopi tempatan yang kian naik kerana keunikan mereka dalam mengeluarkan menu yang kreatif, kini telah mengeluarkan menu terbaru mereka sempena Ramadan. Yang paling penting, Zus Coffee ni dikenali sebagai kedai kopi tempatan dengan harga yang berpatutan tau.

Minuman Terbaru Zus Coffee

Sejujurnya Min memang paling suka bulan Ramadan sebab time ni lah kita boleh tengok restoran dan kafe menghidangkan pelbagai menu yang bertemakan bulan puasa ataupun syawal. Ha.. tahu tak, sebab Ramadan pun nak dekat kan, Zus Coffee pun baru je mengeluarkan menu terbaru mereka iaitu ‘Kurma Spanish Frappe.’ Kalau korang peminat Zus Coffee, korang mesti tahu kan kopi khas mereka iaitu spanish latte, ha kali ini spanish latte, but make it Ramadan. Hehe.

Min dengar ni pun Min terus rasa nak bukak puasa dan sahur dengan minuman terbaru mereka ni. Seperti yang kita tahu, kalau waktu puasa ni, kurma merupakan sumber yang penting untuk memberi kekuatan untuk kita sepanjang bulan ramadan ni, jadi Min rasa idea Zus Coffee kali ini sangatlah mengujakan. Memang dapat lah feel puasa tu.

Aplikasi Telefon Bimbit Zus Coffee

Jadi, untuk yang belum habis ganti puasa tu (ehem), atau untuk yang nak rasa kopi ni sebelum Ramadan menyapa, korang dah boleh dapatkan ‘Kurma Spanish Frappe‘ dengan harga RM15.90 di Zus Coffee yang berdekatan atau boleh pesan daripada aplikasi mereka je. Lagi senang!

Media Sosial

📲Instagram: @zuscoffee

📲Twitter: @ZusCoffee

📲Facebook: ZUS Coffee

Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.