Syifa Jamil: Viral Dengan Video Mencuci Perut Ikan

  • Post author:
  • Post category:Viral
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing Syifa Jamil: Viral Dengan Video Mencuci Perut Ikan

Zaman sekarang ni kebanyakan anak-anak muda memang buat lebih dari satu pekerjaan. Dengan ekonomi yang merosot, memang ramai yang buat side hustle untuk rezeki lebih lagi-lagi dengan harga barang tengah naik sekarang ni. Ada yang buat Grab, freelancing, bisnes online dan sebagainya. Macam tu juga Syifa Jamil atau nama penuhnya Syifa’ Che Wang Hanafiah @ Jamil yang menggunakan platform TikTok sebagai hobi dan mencari pendapatan sampingan untuk keluarga. Mari min cerita sedikit tentang latar belakang TikToker makanan yang famous ni.

Lebih dikenali dengan akaun TikTok Syifa Masak Kalut-Kalut, gadis kelahiran Alor Setar ini mendapat semakin banyak sambutan. Tengok video dia yang memasak gila-gila tapi kreatif tu memang sesuai sangat nama tu. Sekarang beliau dah ada 626 ribu followers di TikTok! Video Syifa yang penuh dengan dramatisasi dan loghat utagha yang menghiburkan bersama masakan yang simple memang menarik perhatian ramai. 

Sumber: mStar

Beliau sebenarnya mula berjinak-jinak dengan TikTok sejak tahun 2020 lagi tapi masa tu kurang sambutannya. Video beliau mencuci perut ikan dengan berus gigi telah viral menjadikan beliau mendapat populariti secara tiba-tiba.  Walaupun dikecam pada awalnya, Syifa teruskan membuat konten dan terus memberi tips-tips bermanfaat kepada followers-followers. 

Di sebalik kejayaan Syifa ada kesusahannya. Ibu beliau yang berusia 70 tahun terlantar sakit akibat penyakit osteoarthritis dan memerlukan bantuan untuk menguruskan diri. Beliau ketika itu masih belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) perlu menghadiri kelas dalam talian sekaligus menguruskan keluarga. Itu telah menjadi motivasi untuk beliau mencari pendapatan lebih. Sekarang beliau berjaya menjana pendapatan di TikTok sehingga mendapat pelbagai tawaran untuk membuat reviu daripada jenama-jenama besar. 

Sumber: mStar

Sekarang, video beliau semakin berkualiti tinggi dengan editing dan efek yang lebih mantap. Konten-konten yang dikeluarkan juga lebih pelbagai dengan perkongsian lain termasuk tips dan resipi-resipi yang lebih unik dan kreatif. Kepada yang memasang angan-angan untuk merisik gadis ini, lupakanlah sebab beliau dah berkahwin dan bakal melahirkan anak sulung tak lama lagi. Tetapi kalau nak tahu perkembangan beliau boleh follow akaun TikTok @syifajamil .

Nak tahu siapa lagi food influencer wanita yang popular kat Malaysia ni? Boleh baca artikel ni pulak. 

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.