D’Timer Cafe – Rasa Asli Makanan Johor di Wangsa Maju

You are currently viewing D’Timer Cafe – Rasa Asli Makanan Johor di Wangsa Maju

Hari ni min nak kenalkan dekat korang satu cafe yang best untuk bawa family. Cafe tu bernama D’Timer Cafe terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Kalau korang nak senang korang boleh Waze sahaja nama cafe ni mesti akan terus dibawa ke cafe tersebut. Kalau tengok dari nama cafe ni mesti korang ingat makanan yang dijual adalah makanan western betul tak?

Tapi tidak ya sebab makanan yang dijual adalah makanan asli dari negeri Johor. Tak sangka kan sebab kalau korang tengok interiors design cafe ni nampak sangat moden tapi sebenarnya menyediakan menu makanan asli dari Johor.

interior-design-dtimercafe
Source: Hitaki Kakashi

Kalau korang nak tahu cafe ni memiliki pelbagai jenis menu tau dan coffee juga antara hidangan yang menarik. Sedap pulak tu! Kepada mereka yang mengidam nak makan makanan dari Johor korang wajib singgah dekat D’Timer Cafe ni. Kalau korang tak percaya meh tengok video review dekat sini.

Untuk makluman korang D’Timer Cafe ini buka bermula jam 8 pagi – 8 malam pada hari Selasa – Jumaat. Pada hari Sabtu dan Ahad buka bermula jam 8 pagi – 10 malam. D’Timer Cafe akan bercuti pada setiap hari Isnin.

Jom kita sambung tengok menu pula. Untuk pengetahuan korang resepi ni memang datang dari Johor sendiri dan selalunya customer cakap makanan D’Timer Cafe rasa makanan dari rumah tau. Bayangkan pun dah terliur weh! Kalau korang nak cari lagi restoran yang ada makanan authentic dari Johor boleh tengok disini.
https://purpledurian.my/makan/moden/bisik-bisik-makanan-authentic-dari-johor-di-shah-alam/

MENU

1. Nasi Ambeng (RM15.90)

nasi-ambeng
Souce: D’Timer Cafe Facebook

Haa orang Johor mesti tahu nasi ambeng kan. Nasi ambeng ni ada pelbagai lauk dalam satu hidangan seperti nasi, ayam kicap, serunding, sayur campur dan mee goreng. Korang nak tahu rasa dia memang padu weh. Satu set hidangan ni korang boleh kenyang sampai malam. Datang D’Timer Cafe korang kene cuba tau nasi ambeng ni.

2. Kacang Pool with Bread (RM11.90)

kacang-pool
Souce: D’Timer Cafe Facebook

Kacang pool juga menjadi kegemaran ramai Johorean tau. Hidangan ini disediakan sekali dengan roti dan telur mata diatasnya. Korang boleh je nak makan dengan roti atau dengan lontong. Rasa kacang pool yang creamy tu memang boleh menaikkan selera makan tau. Sedapnya korang!

3. Mee Bandung Johor (RM13.90)

mee-bandung
Souce: D’Timer Cafe Facebook

Haa… Tiada mee bandung bukan Johor la namanya kan. Cafe ini juga menyediakan hidangan mee bandung dengan kuah yang pekat. Rata-rata bukan Johorean sahaja tau yang datang singgah ke D’Timer Cafe tapi dari negeri lain pun datang juga tau. Bagi mereka mee bandung di cafe ini rasanya sangat asli seperti di Johor.

4. Lontong Darat/Kering/Kacang Pool (RM13.90)

lontong
Souce: D’Timer Cafe Facebook

Kalau nak cakap pasal lontong di Johor memang panjang ceritanya. Kalau di negeri lain lontong dimakan hanya pada Perayaan Hari Raya je kan. Tapi berbeza tau dengan culture di Johor sebab mereka makan lontong pada hari biasa dan dijadikan menu sarapan pagi. Disebabkan itu D’Timer Cafe menyediakan hidangan ini dan yang best nya korang boleh pilih nak kuah sambal, kuah kacang atau kacang pool.

Senang cakap ramai dah yang review tempat ni and cakap sedap sangat salah seorangnya adalah Nor Mariati yang meninggalkan review di Google reviews “ Had lunch here. Lontong darat very delicious…hot cappuccino perfect with nice art…Lempeng with curry and rice set with asam pedas also sedap 👍”. Korang apa tunggu lagi pergi serbu sekarang tapi sebelum tu D’Timer Cafe ni adalah restaurant partner dengan Club Cari Makan tau dimana kalau korang jadi member korang boleh dapat offer bila makan dekat sini. Bestkan! Nak tahu boleh klik sini!

Location
📍D’Timer Cafe

11-G, Blok B, Plaza Wangsa Maju, Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/XUQSM9LCwmGdi7v29

📲Instagram: https://www.instagram.com/dtimercafe/?hl=en
📲Facebook: https://www.facebook.com/dtimercafe.du/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@dtimercafe?_t=8aUog2q2DI1