Hotoh Cafe – Menikmati warisan makanan tradisional di waktu petang

You are currently viewing Hotoh Cafe – Menikmati warisan makanan tradisional di waktu petang

Hotoh Cafe terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu bersebelahan Kasutyou Gong Badak. Waze sahaja confirm korang akan jumpa kerana kafe ini betul betul tepi jalan raya besar. Kafe ini terkenal dengan warisan nasi dagang asli negeri Terengganu dan yang specialnya nasi dagang ini dimakan pada waktu petang bukan pagi hahaha. Jadi korang yang tak sempat nak breakfast nasi dagang apa kata try nasi dagang ini untuk dinner korang.

Kafe ini juga banyak lagi makanan tradisional yang lain serta pelbagai pilihan menu western yang sangat menyelerakan. Kafe ini juga ialah barbershop jadi selepas potong rambut korang bolehlah singgah makan di Hotoh Cafe yang sedap dooh ini. Bagi min kafe ini sangat sesuai untuk korang bawak keluarga korang datang menjamu selera disini kerana keadaan kafe yang santai serta terbuka.

Hotoh Cafe
Hotoh Cafe

Kafe berkonsep dinding tingkap kaca atau glasshouse sangat sesuai untuk korang datang menjamu selera ataupun menyambut birthday kenalan atau keluarga tercinta. Ruang yang luas diluar selesa untuk korang berborak dengan kawan kawan sepanjang malam sambil menjamu selera makanan tradisional atau western food.

Kafe ini sangat popular kerana suasananya yang cantik dan elegan. Menawarkan bukan sahaja suasana yang friendly dan welcoming, kafe ini juga menawarkan menu tradisional dan sedap sekali. Dengan pencahayaan natural dan persekitaran damai, kafe ini berikan korang suasana yang nyaman dan santai.

Suasana di Hotoh Cafe
Suasana di Hotoh Cafe

Hotoh Cafe sememangnya sangat popular bagi Nasi Dagang mereka yang begitu menyelerakan terutamanya orang Terengganu yang sangat suka makan Nasi Dagang. Bukan itu sahaja, Hotoh Cafe juga banyak menu untuk makanan tradisional yang lain seperti nasi minyak serta western food pun ada seperti lamb grilled, chickenchop dan pelbagai jenis pasta.

Memang betul lengkap untuk orang yang mengidam masakan tradisional dan western food. Korang boleh pesan makanan yang berbeza dan berkongsi dengan keluarga atau kawan kawan. Untuk yang ingin menyambut hari lahir korang atau apa apa upacara, kafe ini buka untuk tempahan jadi ini lagi memudahkan korang untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Kuah Nasi Dagang Hotoh Cafe
Kuah Nasi Dagang Hotoh Cafe

MENU

1. Nasi Dagang Hotoh Cafe

Nasi Dagang selera orang Terengganu kerana portion nasi yang banyak serta dihidangkan dengan kuah yang begitu pekat lemak. Ikan pun besar disini sememangya berbaloi untuk korang try Nasi Dagang Hotoh Cafe.

Nasi Dagang
Nasi Dagang

2. Pulut Kuning Ayam

Pulut Kuning yang sangat lembut serta dimakan sekali dengan lauk ayam rendang. Ayam rendang yang tak pedas sangat so sesuai untuk budak makan dan ayam pun lembut sangat dan besar ye. Memang sedap betul pulut kuning di Hotoh Cafe!

Pulut Kuning Ayam
Pulut Kuning Ayam

3. Hotoh Special Lamb Grilled

Korang boleh order lamb grill yang begitu lembut isinya dan sememangnya cukup rasa. Daging kambing yang dibakar dengan sos istimewa serta dihidangkan bersama sos black pepper yang sedap dimakan. Peminat lamb grill wajib try Hotoh Cafe signature ini.

Lamb Grilled
Lamb Grilled

Hotoh Cafe menawarkan pelbagai hidangan yang simple tetapi sedap-sedap belaka, korang akan berpuas hati dengan kualiti yang mereka berikan. Tunggu apa lagi jemput singgah ke Hotoh Cafe bersama keluarga tercinta.

Suasana di Hotoh Cafe
Suasana di Hotoh Cafe

LOCATION

📍 Hotoh Cafe
Kampung Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/rNZXFDKZs5Mv16RA7
🗺️Waze : Hotoh Cafe
📱Facebook :https://web.facebook.com/NasidagangKopikapung/?_rdc=1&_rdr
📱Instagram : https://www.instagram.com/nasidagangterengganu/?hl=en
📱Tiktok :https://www.tiktok.com/@hotohcafe?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Leave a Reply