Mana peminat outdoor cafe sila angkat tangan ye 🙋 Min nak review satu cafe yang amat cantik lagi best sebab bersebelahan dengan sungai Terengganu je. View memang lawo sungguh ye korang!
House of Losong Kopi Bayu terletak di Losong Kuala Terengganu berdekatan dengan Muzium Terengganu. Jadi lepas korang penat pusing pusing di Muzium, korang boleh singgah order kopi di House of Losong kerana kafe ini terkenal dengan kopi yang cukup lemak dan sangat menyelerakan hehe.
Lagi satu penggemar dessert dan pastry pun confirm suka kafe ini sebab pilihan dessert yang memang rambang mata sambil layan view yang lawo!! Memang unik betul ye cafe ini one and only cafe bersebelahan Sungai Terengganu.
Datang sini korang akan terpukau dengan kehijauan pokok pokok yang dihias disini bersama meja dan kerusi yang bertemakan hitam. Memang aesthetics sangat! Masuk kafe ini korang akan dijemput dengan pintu gerbang yang dihiasi daun daun kehijauan yang sangat cantik dan memukau. Auto bergambar korang kat sini hahaha. Min recommend korang datang lepak malam sebab korang akan terkejut tengok betapa cantiknya pencahayaan lampu disini dipadankan dengan view sunset. Auto healing korang kat sini.
Untuk meja dan kerusi korang jangan risau banyak ye jadi tak perlu berebut serta ada buaian kayu yang sangat besar. Kiranya korang boleh main buaian sambil layan view sungai. Bagi min decorations cafe ini memang kena dengan tema yang dibawa iaitu “appreciate nature” serta memang tenang sambil layan angin sungai.
Untuk yang nak santai ala ala camping, cafe ini ada sediakan kerusi healing. Korang cuma perlu bawak diri korang je and healing lah korang puas puas sambil minum kopi. Ha lagi satu memang feeling habis ye kalau nak dating kat sini makan kek dengan pasangan tercinta. Kafe yang lawo dooh dan memang instagram worthy. Confirm memang repeat datang sini!
Jadi untuk makanan dan minuman, House of Losong’s speciality ialah kopi. Antar kopi signature cafe ini ialah Americano, Matcha latte, Butterscotch latte, Hot milk tea dan sebagainya.
Antara menu lain ialah pastri, pavlova, cheese cake. Nak makan ringan ringan korang boleh order nugget dan fries serta maggi dan ramen sambil berchit chat dengan kawan kawan korang. Nak yang heavy sikit korang boleh order char kuer teow. Makan char kuer teow sambil layan view sunset sumpah ngam betul ye!
Untuk yang mengidam western pun ada seperti Spaghetti Carbonara, Spaghetti Salted Egg Prawn dan Spaghetti Aglio Olio. Nampak sedap sangat sangat dengan suasana yang santai dooh! “Nok ka suasano jah” bak kata ownernya hahaha. Overall makanan memang ringkas tapi port baik santai melepak.
MENU
1. Spaghetti Salted Egg Prawn
Spaghetti memang menu yang betul betul recommend sebab salted egg tak muak langsung dan boleh bau daun kari yang digunakan dalam masakan. Udang pun besar dan sangat fresh ye! Memang 10/10 ye.
2. Char Kuey Teow Special
Char Kuey Teow yang pekat likat dan sangat menyelerakan ditambah lagi udang yang besar besar ye. Then ada portion pun banyak dan ada telur mata yang sedap dooh. Jarang betul cafe ada menu ni jadi tunggu apa lagi sila lah order sambil mengopi dengan kawan kawan korang!
3. Red Velvet Brownies
Kalau taknak makan berat, korang boleh makan brownies ni sambil mengopi ha. Brownies yang mampat dan moist betul serta saiz yang besar. Ini kalau makan sorang tak habis ye hahaha.
4. Hot Milk Latte
Hujan hujan then korang minum hot milk latte ini memang ngam sangat! Rasa latte yang pekat dan rasa kopi yang kaw kaw. Memang recommend untuk order latte ni kalau singgah di House of Losong.
“Kadang bukan tentang kopi, bukan tentang makan tapi suasanooo”. Jadi min sangat recommend untuk korang yang cari cafe yang santai tepi sungai sambil enjoy sunset Terengganu. Makanan pun banyak kat sini apatah lagi dihidangkan bersama kopi yang lazat sekali. Jadi tunggu apa lagi pakat serbu ye House of Losong Kopi Bayu di Kuala Terengganu.
Korang yang cari cafe yang bertemakan santai macam ini tapi sambil layan view pantai, boleh baca review min tentang Chocacake.
LOCATION
📍House of Losong Kopi Bayu
1537, Kampung Losong Masjid, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/J6D32q9CyMec1XmN7
🗺️Waze : House of Losong Kopi Bayu
📱Facebook : https://web.facebook.com/houseoflosongkopibayu/?_rdc=1&_rdr
📱Instagram : https://www.instagram.com/houseoflosong.kopibayu/?fbclid=IwAR3eOKhhAGpALwccCVXQOZwgxxdIMtJdyuQEWD55w33g-1X2qJVSSgwgGlg
📱Tiktok : https://www.tiktok.com/@houseoflosong?is_from_webapp=1&sender_device=pc