Kedai Kopi Mee Tauhu Tawau yang terletak di Jalan Kubota Tawau Sabah ini pernah viral dengan menu mee tauhu yang popular dalam kalangan masyarakat Tawau. Sebelum itu, min nak share mee kari yang tengah viral di media sosial sekarang ni. Jemput baca di sini. https://purpledurian.my/makan/viral/mee-kari-viral-betul-ke-mee-kari-opah-ni-boleh-buat-ketagih/
Kedai Kopi Mee Tauhu Tawau ini bukan kedai kopi biasa-biasa. Hampir setiap hari ia akan penuh dan dikunjungi oleh orang ramai. Suasana yang simple dan memang best kalau nak lepak-lepak dan sembang santai.
Di sini menyediakan hidangan utama berasaskan mee dan tauhu. Selain itu, terdapat juga nasi kuning dengan selera orang Tawau. Tidak lupa juga, air kopi sebagai menu minuman yang utama di kedai kopi ini. Menu yang ditawarkan di sini tidak banyak, tetapi Kedai Kopi Mee Tauhu Tawau adalah tempat terpadu kalau nak makan mee yang sedap. Harga yang ditawarkan pula amatlah berpatutan.
Ramai pengunjung yang datang kesini sudah pastilah menikmati Mee Tauhu Tawau dan memberikan review mereka untuk pengunjung lain juga. Min share antara review daripada pengunjung yang datang kesini. https://youtu.be/9Naoyky9uDM
1. Mee Tauhu (RM 1-20)
Mee Tauhu di sini memang sedap. Kalau order set ini, anda akan dapat mee bersama sup tauhu dan juga sambal. Harga sememangnya berbaloi, dengan harga sekitar RM 1.50, anda boleh dapatkan mee kosong sahaja. Netizen yang datang kesini juga beri lima bintang untuk mee tauhu yang sedap ni.
2. Nasi kuning Ikan Kayu (RM 5.50)
Nasi Kuning pun nampak sedap. Nasi kuning di sini memang terbaik. Boleh datang cuba untuk makan sarapan pagi. Min share juga antara review dari netizen yang dah makan Nasi Kuning Ikan Kayu. Kalau anda nak cuba hidangan lain di Tawau, boleh baca artikel yang min share ni https://purpledurian.my/makan/boat-noodle-authentic-thailand-food-in-tawau/
3. Sup Tofu (RM 1-10)
Antara hidangan lain yang netizen patut cuba juga ialah Tofu. Bagi anda yang tidak tahu apa itu Tofu, Tofu ialah makanan yang hampir sama tapi tak serupa dengan tauhu. Tofu yang dihasilkan adalah lebih lembut daripada tauhu biasa yang sering digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak dengan pelbagai menu.
REVIEW
Anda yang berada di Tawau, jangan lupa singgah di Kedai Kopi Mee Tauhu Tawau. Kedai kopi yang terletak di Jalan Kubota ini sememangnya antara tempat kegemaran orang Tawau untuk menikmati sarapan pagi. Harga juga sangatlah berpatutan. Jemput datang dan beri komen anda😊.
LOCATION
📍Mee Tauhu Tawau
Jalan Kubota, 91000 Tawau, Sabah
🗺Google maps: https://goo.gl/maps/HasFSqa9TB6USzvz9
📞Phone: 011-3651 9089
📲Facebook: https://www.facebook.com/pages/Mee-Tauhu-Tawau/2209748605913050?mibextid=LQQJ4d