Roti Kosong dan Nasi Beriyani jadi pilihan pengunjung di Yassin Curry House

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Roti Kosong dan Nasi Beriyani jadi pilihan pengunjung di Yassin Curry House

Yassin Curry House yang terletak di Sabindo Square Tawau terkenal dengan roti empuk yang menyelerakan. Bukan itu sahaja tapi di sini juga ada nasi beriyani yang akan sentiasa menjadi pilihan pengunjung.

Yassin Curry House terletak di Sabindo Square, Tawau. Dari luar nampak biasa sahaja tapi dalam restoran ini nampak begitu menarik.

Restoran ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bagi pengunjung yang inginkan suasana lebih tenang dan mewah, pengunjung boleh memilih ruangan dalam yang dilengkapi dengan penghawa dingin.

Kawasan luar pula lebih terbuka dan dilengkapi dengan kipas, memang sesuai lepak dengan kawan-kawan bincang pasal bola. Restoran ini dihiasi dengan lampu bangunan berwarna warni pada malam hari. Nampak menarik kan? Mari kita tinjau pula menu yang disediakan.

Yassin Curry House
Yassin Curry House (worldOrgs.com)
Yassin Curry House
Facebook: Yassin Curry House

Yassin Curry House menyediakan hidangan nasi beriyani dan roti dengan pelbagai pilihan seperti nasi beriyani ayam, nasi beriyani kambing, nasi beriyani ikan, roti telur, roti kosong, dan pelbagai menu lain seperti kari ikan, kari ayam dan pelbagai lagi hidangan menarik. Harini Min kongsikan antara hidangan yang sering menjadi pilihan pengunjung setiap kali datang ke Yassin Curry House.

Menu Nasi Beriyani
Facebook: Yassin Curry House

Harga yang ditawarkan pula amatlah bersesuaian dengan saiz hidangan yang disediakan.

MENU

1.Nasi Beriyani Ayam

Nasi Beriyani Ayam Yassin Curry House
Nasi Beriyani Ayam ( Foursquare)

Netizen ramai dah try hidangan nasi beriyani dan memberikan review mereka. Antaranya nasi beriyani ayam yang menjadi kegemaran pengunjung. Nasi beriyani ayam dengan nasi basmati dan kuah kari yang berlemak sememangnya menyelerakan.

2.Nasi Beriyani Kambing

Nasi Beriyani Kambing Yassin Curry House
Nasi Beriyani Kambing (Foursquare)

Nasi beriyani kambing juga antara hidangan popular di sini. Nasi beriyani ini dilengkapi dengan kambing masala yang dimasak istimewa dan mendapat permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi ketika lunch time. Kalau netizen tak tahu kisah nasi beriani, jemput baca artikel ini. https://purpledurian.my/makan/kisah-nasi-briyani-yang-ramai-tak-tahu/

3.Roti kosong

Roti Kosong Yassin Curry House
Roti Kosong (Tripadvisor.com)

Walaupun terdapat pelbagai jenis hidangan roti canai, tetapi roti canai kosong sentiasa menjadi pilihan pengunjung. Roti yang lembut dan hangat dilengkapi dengan kuah kari yang pekat memang sedap dimakan bersama keluarga.

REVIEW

Min rasa Yassin Curry House ni memang best kalau makan ramai-ramai dengan family. Hidangan yang disediakan bukan sahaja dalam pelbagai pilihan, tetapi juga dengan harga yang bersesuaian dengan saiz setiap hidangan.Hidangan yang disediakan sememangnya menepati selera orang kita. Sebab itulah restoran ini popular bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Tawau. Min sediakan video review daripada pelancong luar di Yassin Curry House. https://youtu.be/l1MalnoCLOM

Review Netizen Yassin Curry House
Review netizen (Tripadvisor)
Review Netizen Yassin Curry House
Review netizen (Tripadvisor)

Rata-rata pengunjung yang datang kesini memang berpuas hati dengan hidangan dan layanan yang diberikan. Kepada anda yang datang ke Tawau, jangan lupa singgah di Yassin Curry House untuk mencuba pelbagai menu lainnya.

Rata-rata pengunjung yang datang kesini memang berpuas hati dengan hidangan dan layanan yang diberikan. Kepada anda yang datang ke Tawau, jangan lupa singgah di Yassin Curry House untuk mencuba pelbagai menu lainnya.

LOCATION

Sabindo Square, Jalan Dunlop, 91000 Tawau, Sabah.

📱Google maps: https://goo.gl/maps/mCLAR7kKJWepTXTN7

📱Phone: 089754802  019-292 4802

📱Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063819824822&mibextid=LQQJ4d

📱Instagram: https://instagram.com/yassin_curryhouse?igshid=YmMyMTA2M2Y=