Mai rapat rapat orang Kedah kumpul sini, min nak review satu port lepak yang mana korang boleh layan makanan western yang semestinya berbaloi dan sedap dimakan beramai ramai. Nama restoran tersebut adalah PotLepak. Haaaa nama pun memang dah santai teruk, takkan takmau datang lepak lagi kot.
PotLepak bertapak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Dibuka setiap hari kecuali Rabu dari jam 4 petang hingga 12 pagi. Interior kedai ini memang besar dan mereka juga menyediakan ruang bagi mereka yang ada event atau parti seperti parti hari jadi atau event besar yang ingin diraikan di sini.
Menu yang mereka sediakan adalah berasaskan western food dan terdapat juga makanan goreng goreng yang lain. Antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah;
Menu
1. Chicken Burrito with Sunny Side Up (RM15)
Dihidangkan dengan tortilla sumbar dengan ayam panggang, campuran salad yang segar, telur dadar goreng, ketumbar dan mayunis.
2. Ribeye Steak (RM26)
Ribeye dari Australia yang diperap, dihidangkan dengan mashed potato dan salad.
3. Combo Big Platter – Chinese Fried Rice + Grill Lamb Shoulder (RM29)
4. Spicy Dry Ramen with Sesame & Boiled Egg + Honey Chicken Wings (RM17)
Dry ramen pedas dengan bijan, telur rebus, fish cake yang pelbagai + dua keping ayam goreng madu bahagian sayap dan cili.
Review
Sebelum ke kedai ni, make sure korang baca dulu menu apa yang diorang sediakan sebab memang rambang mata weh tak tahu nak pilih apa. Harga pulak memang murah dan portion mereka memang tak kedekut langsung, besar dan banyak. Orang kata sos black pepper dia memang mengancam habis. Haaaa kalau nak tahu mengancam ke tak, jangan lupa singgah di PotLepak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah.
Untuk tengok review restoran lain di Kedah boleh tengok sini
Location
📍#PotLepak Restaurant
65-67, 8, Persiaran BLM 1, 08000 Sungai Petani, Kedah
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/Ja87GBqgdpp3MjDSA
📞Phone: 011 1030 6904
📲Instagram: https://www.instagram.com/potlepak/