Sebut je pasal pizza, mesti semua teringat jenama kebiasaan yang kita selalu dengar macam Domino’s, Pizza Hut, US Pizza, Wood Fire Oven Pizza dan banyak lagi. Kali ini min nak review satu stall pizza bergerak di Bukit Jelutong, Shah Alam yang diberi nama Khirwan’s Pizza.
Stall bergerak mereka berkonsepkan foodtruck memilih lokasi berhadapan Big Pharmacy di Bukit Jelutong. Dibuka setiap hari kecuali hair Selasa, dari jam 6 petang hingga 10.30 malam.
Antara menu pizza yang disajikan oleh mereka adalah;
Menu
1. Pomodorina (RM18)
Pizza Pomodorina yang dilengkapi dengan mozarella cheese, parmeson cheese, garlic confit, roasted tomato, oregano, basil dan minyak zaitun
2. Pepperoni (RM20)
Pizza Pepperoni pula diperkaya dengan pepperoni, caramalized onions, sos tomato, mozarella cheese dan oregano.
3. Steaky Beef & Honey (RM24)
Pizza Steaky Beef & Honey pula mempunyai white sauce, mozarella cheese, jagung, madu, steaky beef dan spring onion.
4. Smoked Chicken (RM29)
Antara yang best selling iaitu smoked chicken yang mengandungi white sauce, mozarella cheese, black olives, pesto,dan parmeson cheese.
Review
Min baca review di TikTok pun semua recommend untuk sesiapa yang mencari pizza yang dibakar dan dikeluarkan fresh dari oven. Barang barang yang diorang guna untuk menghasilkan satu satu pizza pun bukan cikai cikai tau. Jadi untuk sesiapa yang teringin untuk mencuba pizza panas dari foodtruck, boleh datang ke Khirwan’s Pizza berhadapan dengan Big Pharmacy, Bukit Jelutong.
📍 Location
Khirwan’s Pizza Parlor,
11, Jalan Pelapik B U8/B, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor
Phone: 011 1128 0313
Facebook: https://www.facebook.com/Khirwanspizzaparlor
Instagram: https://www.instagram.com/khirwans_pizzaparlor/?hl=en