Siapa je yang tak suka keju dalam burger kan tetapi keju mozzarella extra pula tu? Yes, please!
Burger King membawa kembali satu-satunya burger Mozzarella King!
Burger ini datang dengan dua protein berbeza. Korang boleh order sama ada dalam daging lembu panggang 100% atau Tenderscrip yang rangup tau. Apa yang istimewanya burger ini ialah ia didatangkan dengan empat jenis keju berbeza iaitu sos keju Swiss, Amerika, Mozzarella dan Nacho dalam satu burger! YA! Korang memang akan jatuh cinta pada gigitan pertama gituww!
Untuk dapatkan rasa yang lebih sedap, sebaiknya makan Mozzarella King anda dalam masa 10 minit selepas dihidangkan untuk dapatkan kesan tarikan keju yang stretchy tu tau. Jadi, jangan tunggu lama-lama, boleh kunjungi mana-mana Burger King sekarang juga!