Harini min rasa teringin mee goreng sotong macam yang dekat Penang so min pun google la mana nak cari dekat area sini. Min terkejut bila dapat tahu pasal Mee Mamu yang dah lama viral ni gais ada kat Shah Alam je! Apasal min baru tahu kewujudan kedai ni!!
Mee Mamu ni berlokasi di Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam tau, dah tak payah pergi Penang gais nak makan mee sotong ni! Kat sini boleh dine in tau, lagi sedap kalau makan mee tu panas panas kan, baru surr orang kata. Dekat sini diorang goreng mee tu live tau dekat depan tu, korang boleh la usha-usha macam mana diorang buat mee yang sedap macam tu.
Mai tengok menu wajib try kat Mee Mamu!
1. Mee Mamu Sotong
Menu ni memang signature mereka, kalau korang datang kedai tu tapi tak try mee sotong memang menyesal tau! Rasa mee digorek stail mamak yang pekat dan penuh rasa campur pula dengan sotong dia tu. Memang rasa taknak balik bila dah duduk makan kat situ! Jom kita tengok review orang lain juga.
“Probably the best Mee Sotong in Shah Alam. This mamak styled fried noodle with squid taste pretty good, it is must try when visiting Shah Alam. The price is reasonable too.”
2. Mee Mamu Rib Eye
Menu terbaru kat sini gais! Buat yang ramai tak sempat cuba mee mamu lamb yang hanya dijual dalam masa terhad haritu, haa ini chance korang rasa yang ni pula! Hanya Rm25 sangt berpatutan, kan? Mee ni cepat sold out tau walapun baru je dilancarkan beberapa hari lepas.
Min rasa memang patut la kedai ni viral tau korang, dengan harga berpatutan, portion yang memuaskan, dan kualiti kelazatan makanan yang sedap macam tu. Semua orang patut rasai sendiri mee mamu stail penang kat sini. Okay, min nak pergi, siapa nak ikut?
📍Location:
SA 7 Hab Seksyen 2,
Persiaran Masjid, 40000,
Shah Alam, Selangor
Phone: 011-10094667
Instagram: https://instagram.com/mee_mamu?igshid=YmMyMTA2M2Y=