Semuanya Ayam Goreng Di LA Chicken!

You are currently viewing Semuanya Ayam Goreng Di LA Chicken!

Korang pernah dengar tak, ada satu restoran yang hanya menyajikan ayam goreng sahaja? Betul, semuanya ayam! Dari ayam goreng sendiri, burger, paratha dan juga waffle, semuanya berkait dengan ayam. Jom min share apa nama restoran tersebut.

L.A. Chicken yang baru sahaja membuka tirai di SS15, Subang Jaya pada tanggal 7 September 2022 yang lalu. Apa yang menariknya restoran ni, mereka hanya bertumpu kepada ayam goreng sahaja. Restoran ini beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad dari jam 12 tengahari, tutup sementara pada pukul 4 petang dan kembali beroperasi pada pukul 5.30 petang hingga 9.30 malam.

L.A. Chicken yang terletak di SS15, Subang Jaya
L.A. Chicken yang dibuka di SS15 Subang Jaya. Sumber: lachicken_restaurant/Instagram

Apa agaknya antara menu yang diorang tawarkan di L.A. Chicken ni?

Menu

1. Blockbuster Burger (RM18.90)

Apa yang bestnya Blockbuster Burger ini adalah gabungan dari daging ayam yang bersaiz XXXL, kulit ayam, mustard onion dan cheese. Meleleh beb!

Blockbuster Burger
Blockbuster Burger yang besar dan semestinya puas hati. Sumber: la-chicken.com

2. Chicken Tenders (RM23.90)

Isi ayam tanpa tulang yang rangup diluar dan juicy di dalamnya.

Chicken Tenders
Chicken Tenders yang rangup diluar, juicy didalam. Sumber: la-chicken.com

3. Chick In Cone (RM15.90)

Antara sajian paling rare yang korang pernah dapat, daging ayam tanpa tulang dalam kon ais krim!

Chick in cone
Chick in cone memberi pengalaman korang makan ayam dalam kon aiskrim. Sumber: la-chicken.com

4. CLT Salad (RM19.90)

Nak makan ayam tapi dalam masa yang sama nak kekal sihat dengan sayuran hijau? CLT Salad lah solusinya. Dengan gabungan salad dengan 2 ketul chicken tenders, kobis, tomato dan timun.

CLT Salad
CLT Salad yang penuh sayuran hijau tapi masih kekald engan chicken tenders. Sumber:la-chicken.com

5. Truffle M Paratha (RM17.90)

Ini pula paratha yang dimuatkan dengan ayam bahagian thigh, sos truffle dan mixed mushrooms.

Truffle M Paratha
Truffle M Paratha yang beri kepuasan dalam segulung roti paratha. Sumber: la-chicken.com

Review

Amacam? Telan air liur tak? Min pun tengah tahan nafsu nak pergi serbu sekarang. Banyak betul pilihan ayam diorang sampai tak tahu nak cuba yang mana satu. Macam biasalah review di tiktok dan instagram pun rata rata kata memang wajib cuba bagi penggemar ayam goreng ni. Bahagian-bahagian ayam yang disediakan juga besar, berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

📍 Location

LA Chicken,

52G, Jalan SS15/14B, ss15,

47500 Subang Jaya,

Selangor.

Phone: 03 5611 6220

Facebook: https://www.facebook.com/lachickenmalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/lachicken_restaurant/

Website: https://www.la-chicken.com/