Ayam goreng ni betul-betul buat kita ketagih kan? Dalam seminggu tu kalau tak dapat ayam goreng memang tak sah. Cakap je lah dari mana, KFC ke McDonald’s ke semua kita bedal. Haa ni min nak share sikit kat mana ayam goreng paling best, sedap dan rangup korang boleh dapat.
Ayam Goreng Muiz atau Muiz Hot Chicken, paling laku dan laris dalam kalangan ayam goreng tepi jalan setakat ni. Sehingga hari ini, lebih 85 kiosk Ayam Goreng Muiz telah dibuka bukan setakat sekitar Selangor, tapi banyak lagi seperti Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Johor dan sebagainya.
Menu
Ayam Goreng Muiz ini seperti mana namanya, hanya menyediakan ayam goreng tetapi dalam pelbagai cara hidangan seperti:
1. Korean Spicy Cheese (RM10 – 2pcs)
Untuk sesiapa yang memang hantu pedas, boleh cuba Ayam Goreng Muiz Korean Spicy Cheese ni. Pedas yang menyala digabungkan pula dengan cheese yang meleleh, naikkan lagi rasa manis dan pedas dalam satu rasa.
2. Korean Spicy (RM9 – 2pcs)
Untuk Korean Spicy ni pula sama juga dengan Korean Spicy Cheese, cuma bezanya tiada cheese untuk menu ini. Memang terasa pedas dia yang mana suka pure pedas menyala.
3. Ayam Goreng Cheese (RM8 – 2pcs)
Bagi peminat cheese sahaja, korang boleh order menu yang ni. Gabungan ayam goreng yang rangup dengan cheese yang manis memang buat korang tertarik lah cerita dia.
4. Ayam Goreng Original (RM6 – 2pcs)
Haaa yang ni untuk korang yang manja langsung tak makan pedas macam min hehe. Boleh rasa sendiri kerangupan ayam goreng diorang, dimakan pula masa panas panas lepas diorang baru angkat dari kuali tu umphhhh kruk kruk bunyinya lagi lagi bahagian kulit ayam.
Review
Ni review jujur dari min sendiri sebab min dah pernah makan Ayam Goreng Muiz ni. Memang tak dinafikan rangup dia tu lagi terangkat dari ayam goreng McD. Bahagian ayam dia pula memang besar dan kalau makan dengan cheese pun tak rasa muak langsung. Korang boleh je waze Ayam Goreng Muiz berdekatan dengan korang sebab kiosk diorang pun dah macam cendawan tumbuh masa hujan banyaknya.
Facebook: https://www.facebook.com/muizhotchicken
Instagram: https://www.instagram.com/hqmuizhotchicken/?hl=en
TikTok: https://www.tiktok.com/@muizhotchicken?lang=en
Phone: 014-921 2013