Otak-otak terkenal sebagai makanan tradisional yang senang nak dapat di perkampungan nelayan. Kat Malaysia ni ada dua jenis otak-otak iaitu ’otak-otak Terengganu’ dan ’otak-otak Johor’. Memang sedap kalau dapat makan otak-otak ni dekat warung-warung tepi pantai, kan? Sekarang dah agak susah nak cari otak-otak lagi lagi dekat tengah bandar KL ni.
Apa itu otak-otak?
Sebelum Min start cerita pasal sejarahnya, bagi yang taktau, otak-otak ni adalah isi ikan yang dicampur dengan beberapa bahan yang asas seperti tepung ubi atau sago, bawang putih, bawang, santan, serbuk cili, lada hitam, santan serta garam gula. Tapi ada juga versi campur kunyit, serai dan lada hitam. Kemudian, isinya di masukkan dalam daun pisang sebelum dipanggang.
Di Indonesia juga ada otak-otak tau, tetapi versi Indonesia ni isinya berwarna putih. Kat sana juga mereka biasanya makan otak-otak dengan kuah kacang dan di Palembang, rata-rata akan makan bersama sos cuka.
Sejarah Otak-otak
Ada beberapa versi tentang sejarah otak-otak tetapi yang paling disebut-sebut adalah versi dimana otak-otak ni datang dari kaum Peranakan. Makanan ini dikatakan datang dari kaum Peranakan yang tinggal di pesisir Selat Melaka yang juga di kedua-dua sisi Malaysia dan juga Indonesia. Di Indonesia pula, ia dikatakan berasal dari Kepulauan Riau, Bangka Belitung dan di kawasan pantai timur Sumatera tau.
Sebenarnya, kehadiran kaum Peranakan di sebelah sisir pantai timur Sumatera ini bermula pada zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Kebanyakan orang kaum Peranakan ni bekerja sebagai nelayan dan mereka cipta otak-otak ini dari lebihan isi ikan yang ada daripada hasil tangkapan mereka. Jadi, itula teori kewujudan otak-otak ni, baru Min perasan banyak juga makanan kita yang datang dari kaum Peranakan kan?
Orang kata otak-otak ni dipanggil dengan nama tu sebab isinya yang berwarna putih dah merah jambu dah macam rupa otak, masuk akal tak? Apa-apa pun teori disebalik nama makanan tu, asalkan sedap korang main makan je kan hehe.