Jaman Tory Resepi – Port Paling Viral di Kuantan!

You are currently viewing Jaman Tory Resepi – Port Paling Viral di Kuantan!

Jaman Tory Resepi sangat terkenal di kalangan penduduk Kuantan dan juga pelancong luar. Sesiapa je kalau datang Kuantan memang wajib singgah ke jaman Tory ni untuk lengkapkan trip diorang tau! Kat sini popular dengan Patin Tempoyak mereka, kalau tanya orang Kuantan kat mana diorang pergi kalau craving Patin mesti diorang jawab Jaman Tory kan.

Jaman Tory, Kuantan. Sumber: Google

Jaman Tory Resepi terletak di Indera Mahkota dan tak jau pun dari bandar Kuantan, cuma dalam 10-15 minit sahaja. Kalau waze je terus sampai dengan happy, tak susah pun nak cari. Sebenarnya Min dapat tahu rangkaian Jaman Tory ini ada beberapa jenis, iaitu Jaman Tory Resepi, Jaman Tory Signature (bersebelahan je dengan Jaman Tory Resipi), Jaman Tory Semambu. 

Dekorasi restoran ni sangat nice dengan sentuhan ala-ala vintage atau retro memang nak makan pun seronok je kat sini. Ada juga banyak hiasan pokok yang sejukkan mata dan koleksi barangan retro untuk korang cuci mata. Siap ada kemudahan surau dan tandas yang bersih lagi, memang puas hati kalau datang sini lepas berjalan jauh. 

Dekorasi retro dan old school di Jaman Tory. Sumber: wanderlustdj.blogspot.com

Walaupun kat sini famous dengan hidangan Patin Tempoyak, tetapi masih ada banyak lagi menu masakan kampung yang korang boleh cuba tau. Bukan itu sahaja, kalau nak hidangan western, thai, snacks semua ada kat sini ya. Tinggal order je.. dan bayar! (Jangan lupa bayar pula dah kenyang nanti hehe) Ha, ikan bakar pun ada kat sini tau, jadi tak perlu bersusah pergi ke Cherating atau Tanjung Lumpur dah kalau nak pekena ikan bakar! Semua ada di Jaman Tory!

Menu Jaman Tory. Sumber: wanderlustdj.blogspot.com

Antara menu yang wajib order kat Jaman Tory:

1. Patin Bakar Tempoyak (RM68)

Rugi kalau datang makan kat sini tapi tak try menu ni. Tetapi Min nak ingatkan kalau makan satu family atau ramai-ramai berbaloi la sebab memang seekor ikan patin yang dihidangkan. Menu ni tak dijual sikit-sikit sebab tulah harga dia nampak mewah je kan! Bab review memang tak payah cakaplah, memang semua orang tinggalkan review gempak-gempak je pasal menu ni tau!

“Recommended! memang pekat kuah ikan patin bakar tempoyak dia. RM68 1 set memang besar n berbaloi!”

“The best pais patin I’ve ever tasted! The fish was not smelly at all. The tempoyak taste was also superb! It’s so out of this world!!!”

Patin Bakar Tempoyak yang digilai ramai orang. Sumber: Google

2. Daging Salai Masak Lemak Cili Api (RM14.30)

Ini juga menu yang wajib korang cuba kalau kesana tau! Min rasa kat Kuantan tu memang agak susah nak jumpa restoran jual daging salai yang sedap. Jaman Tory salah satu yang paling padu. Kuah pekat, daging pun mantap! Hidangan ni datang dengan satu set nasi tau! 

“Daging Salai sedap gila! Kuah creamy, cukup rasa daging dia pun ada rasa salai tu! Makan dengan sepinggan nasi rasa nak menambah huaaa! Sampai bila-bila lekat rasa dia tu memang recommended!”

Daging Salai Masak Lemak. Sumber: Google

Dah penat Min tulis review panjang-panjang kalau korang tak pergi singgah makan Patin Tempoyak dia, memang Min sedih! Buat yang tak makan patin jangan risau, boleh cuba menu lain tau! Jemput bawa family, kawan-kawan datang makan kat sini, okay? Kalau taknak tunggu dan beratur panjang korang boleh call dulu! Nanti dah singgah roger dengan Min, sedap atau tak ya!

📍Location:

Jaman Tory Resepi,

No A15 Indera Mahkota 2,

Bandar Indera Mahkota, 

25200 Kuantan, Pahang

Phone: 019-9988212

Facebook: https://www.facebook.com/jamantoryresepi/ 

Instagram: https://instagram.com/jaman_tory_resepi?igshid=YmMyMTA2M2Y= 

TikTok: https://www.tiktok.com/@jamantory7?_t=8VhG69oBPEI&_r=1