Harini Min nak bawa korang pergi makan secara virtual ke salah satu restoran yang tengah famous dikalangan penggemar makanan Cina dan Taiwan! Siapa nak ikut bersedia untuk baca sampai habis, okay!! Kalau korang sukakan dumpling, pau dan sebagainya, sila lah bawa family atau kawan kawan ke sini.
Memang betul restoran ini masih belum dapat sijil halal tetapi bahan-bahan yang digunakan adalah dijamin bebas dari daging khinzir ‘No Pork’ dan ianya tertera pada signboardnya.
Ada beberapa staff kat sana pun Muslim tau. Tetapi, Min faham je mesti ada yang masih ragu-ragu nak makan kalau tak ada sijil halal yang sah, kan? Tak mengapa, ikut preference masing-masing juga ya.
Min rasa min tak perlu cakap panjang berkenaan dengan interior dan suasana restoran ni. Tengok gambar sahaja mesti korang akan faham sendiri betapa selesa dan mewah suasana kat restoran ni. Keselesaan pelanggan memang keutamaan mereka sebagai kedai yang membawa nama yang agak besar. Netizen yang dah dine in kat sini pun, ramai yang puji akan kebersihan suasana disini.
Disini menyediakan pelbagai jenis hidangan Taiwan yang sangat sedap dan menarik untuk dipilih. Yang paling famous disini ialah Chicken Xiao Long Bao dan juga Sambal Chicken Xiao Long Bao. Untuk korang yang tak familiar bao ni adalah sejenis bun yang dikukus dalam bekas buluh. Hasil kukusan tu dapat la bao yang penuh dengan perisa dan aroma yang dapat membuka selera. Nah, Min includekan beberapa menu dan harga untuk korang refer.
Sekarang lepas dah tengok menu, korang rasa harganya berpatutan atau sedikit mahal? Ramai yang cakap harganya agak mahal untuk menu-menu kat sini dan Min agak bersetuju. Restoran ni sebenarnya agak ‘on the pricier side’ jika nak dibandingkan dengan restoran yang menawarkan menu sama tetapi dengan harga yang lebih murah. Tapi tak salah kalau nak cuba, maybe time dapat gaji nak belanja family di restoran yang agak fancy, kan?
Berdasarkan reviews dan comments para netizen berkaitan makanan kat sini, ramai yang suggest untuk datang try diorang punya Sambal XLB dan Chicken XLB. Yelah, tengok gambar je dah terliur apakan lagi kalau kita sendiri yang pergi rasa. Ada yang tinggalkan review, “Xiao Long Bao sangat nice, isi padat dan juice soup pun penuh! Semua orang wajib rasa lah.” Ada juga yang kata “XLB pernah sedap I pernah cuba, the skin is not too thick, everything is amazing!”
Bukan itu sahaja, lagi satu menu terbaik kat sini ialah Chocolate Xiao Long Bao mereka. Memang sedap 10/10!! Gabungan rasa manis dan warm kulit Bao yang dikukus bersama ni memang kalau dah makan takkan boleh lupa sampai bila-bila! Kalau korang tak percaya, try la sendiri.
Haa, sekarang takkan la nak terliur je kan, ajak la family pergi rasa kesedapan dumplings, noodles, bao kat sini! Min nak pesan jangan salah masuk restorang pula ya! Ada satu restoran Din Tai Fung tapi yang ni non-halal tau! Pastikan Din By Din Tai Fung baru masuk ok! Min pun dah tengah bersiap nak pergi ni! Kalau dah singgah, jemput share korang punya pendapat ok!
📍Location:
Din By Din Tai Fung (NU SENTRAL)
Lot 3.05, Level 3 Lot, 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Din By Din Tai Fung (SURIA KLCC)
Suria KLCC, Lot 417 & 417A, Level 4, 405, Persiaran Petronas, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Phone: 03-22763332
Website: https://din-my.com
Instagram: https://instagram.com/dinmalaysia?igshid=YmMyMTA2M2Y=