Selalunya orang kita selalu anggap yang dendeng ni makanan tak halal kan? Tapi sekarang korang tak perlu risau lagi sebab korang dah boleh dapatkan dendeng bakar yang halal di Kampung Bharu, KL! Kita sendiri tahu yang area sini memang agak susah sikit kan nak cari parking tapi jangan risau, korang boleh naik LRT Laluan Kelana Jaya dan berhenti di stesen LRT Kg Baru sebab kafe ni berdekatan sangat dengan stesen tu. kalau korang nak pergi ke kafe ni korang boleh masuk ke dalam bangunan Legasi yang terletak bersebelahan dengan LRT Kg Baru ni. Senang kan? Jimat wang dan jimat masa jugak!
Dendeng bakar atau meat jerky ni halal tau buat pengetahuan korang. Bahan-bahan yang digunakan semuanya dijamin halal dan dimasak oleh orang Muslim sendiri untuk mengelakkan syubhah pelanggan yang nak try makan dendeng bakar ni.
Kami dari team Purple Durian dah pergi sendiri tau merasai dendeng bakar yang halal ni. Memang sedap tau korang, tak tipu! Memang flavorful sangat lepas gigit dendeng tu. Makan pulak dengan pan mee atau nasi sebab ada juga tau set menu yang disekalikan dengan pan mee dan nasi.
Selain daripada hidangan nasi dan pan mee, kat sini ada juga tau makanan ringan untuk mengisi perut korang.
Korang tunggu apa lagi? Jom serbu Dendeng Bakar Cafe (Chinese Muslim Food) kat Kg Baru, KL ni. Untuk menu, korang boleh tengok sendiri di laman web Dendeng Bakar dan pilih sendiri menu mana yang menarik perhatian korang. Yang penting korang tak payah risau tentang status halal sebab memang dijamin halal. Kalau dah pergi nanti, jangan lupa tag @purpledurian tau!
Lokasi📍
Dendeng Bakar Cafe (Chinese Muslim Food)
C-G-36, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Google Map: Dendeng Bakar Cafe
Instagram: @dendengbakarcafe