Tampil Cantik sambil Menikmati Juadah Lokal Tradisi: MyLaksa x Nita Cosmetics

You are currently viewing Tampil Cantik sambil Menikmati Juadah Lokal Tradisi: MyLaksa x Nita Cosmetics

Siapa saja yang tak tahu jenama kosmetik lokal yang terkenal iaitu ‘Nita Cosmetics’ ni kan? Nama Nita Cosmetics ini tidak asing lagi dalam kalangan peminat kosmetik kerana jenama inilah yang berada dalam kalangan yang terawal memperkenalkan jenis gincu cecair “matte”.

Jenama yang diasaskan oleh seorang wanita yang elegan dan berkaliber, Aznita Azman ini amatlah terkenal kerana beliau mengeluarkan bukan sahaja barangan kosmetik untuk kecantikan sahaja tau, malah pelitup muka dan ‘tote bag’ untuk peminat jenama ini.

Jadi inilah berita yang menggembirakan:

Penggemar laksa dan barangan kosmetik, baru-baru ni, Nita Cosmetics melancarkan satu kolaborasi bersama satu rangkaian produk makanan berasaskan asam laksa iaitu MyLaksa. 

#MyLaksaNita

Nampak menarik kan kolaborasi antara dua jenama ni? Korang suka makan asam laksa tak? Kalau korang suka, korang jangan lepaskan peluang untuk pergi sendiri ke outlet MyLaksa yang berdekatan dengan tempat kediaman korang dan beli MyLaksa Bungkus Better Deals dan korang boleh ‘add-on’ koleksi gincu daripada Nita Cosmetics tau! 

Kalau korang nak tahu set mana yang korang boleh dapat set gincu daripada jenama terkenal tanah air ni, korang boleh scroll ke bawah ni okay!

FAMILY BUNGKUS SET
RM30
2x Asam Laksa kaw kaw
1x Asam Snack
1x Iced Milo
1x Packet Raya *limited stock
SPECIAL BUNGKUS SET
RM21
1x Asam Laksa Special
1x Cheesy Wedges
2x Iced Lemon Tea
1x Packet Raya *limited stock
SNACK BUNGKUS SET
RM 21
1x Asam Laksa Special
1x Asam Snack 
2x Iced Lemon Tea
1x Packet Raya *limited stock

Dengan mana-mana pembelian daripada MyLaksa Bungkus Better Deals set, korang akan dapat peluang untuk ‘add-on’ koleksi Nita Bungkus Mini Bullet Matte Lipstick – Balik Kampung dengan harga istimewa daripada RM47 sahaja. Selain tu jugak, kalau korang beli menu MyLaksa yang sedia ada seperti Family Set atau Royal Set, korang boleh dapatkan juga tau koleksi Balik Kampung dari Nita Cosmetics ni.

Koleksi Nita Bungkus Mini Bullet Matte Lipstick – Balik Kampung ni ada 5 jenis colour yang sesuai tau dengan kulit orang kita. Nama-nama gincu tersebut dinamakan sebagai Sarsi, Ais Kacang, Jambu Ais, Sago and Teh Ais.

Cantik kan korang warna-warna dari koleksi Balik Kampung Nita Cosmetics ni? Jangan lepaskan peluang tau! Dalam pada korang beli set yang tertera di atas tu, korang berpeluang jugak tau untuk mendapatkan sampul raya yang direka bentuk sendiri dari seorang artis tanah air kita iaitu Nasuha Ibrahim yang mengetengahkan lagi semangat untuk kita menyambut Hari Raya. Yelah.. dah dua tahun kan kita tak dapat nak sambut raya?

Rindu kan nak dapat sampul raya yang cantik macamni daripada saudara-mara? Korang pun tahun ni boleh lah dapatkan sampul raya ni dengan pembelian dari MyLaksa dan korang boleh bagi yang tersayang masa hari raya nanti!

Untuk peminat aplikasi yang semakin terkenal kat seluruh dunia iaitu Tiktok, korang juga ada peluang tau untuk sertai contest #MyLaksaNita Tik Tok Lip Sync Challenge bermula 1 hingga 30 April 2022 ni. Pemenang contest ni akan mendapat ganjaran yang banyak seperti 20,000 ‘coins’ MyLaksa Makan Club yang bernilai RM200 dan produk dari Nita Cosmetics sendiri yang bernilai RM200. Menarik kan? Apa lagi, join lah korang! Pemenang akan diumumkan pada 16 May 2022 ni! Join tau jangan tak join! Korang kena lip sync sekreatif yang mungkin. Ala, macam lah korang tak biasa kan? Hehehe..

Apa korang rasa dengan kolaborasi ni? Cepat-cepat tau pergi ke outlet MyLaksa yang terdekat dan rasai sendiri rasa asam laksa yang memikat selera dan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi gincu dari Nita Cosmetics juga tau! 

Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh tengok sendiri laman Instagram MyLaksa dan Instagram Nita Cosmetics untuk maklumat yang lebih lanjut. 

Untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan MyLaksa, korang boleh pergi ke laman web MyLaksa untuk mengetahui lebih banyak menu, outlet dan promosi yang ditawarkan di MyLaksa! 

Leave a Reply