Overrated Sangat ke Bazar TTDI ni?

You are currently viewing Overrated Sangat ke Bazar TTDI ni?

Sudah seminggu kita berpuasa kan korang? Kejap je rasa masa berlalu. Tapi dah seminggu pun ada satu bazar di Taman Tun Dr. Ismail ni masih ramai ye orang yang datang. Berpusu-pusu semua orang berjalan mencari juadah untuk berbuka.

Walaupun ramai, orang masih beratur untuk cuba merasai kemeriahan yang terdapat di bazar ni. Pastinya semua ingin tahu apa lah yang best kat bazar ni sampai dah hari ke-8 berpuasa pun orang masih beratur untuk masuk ke dalam lokasi bazar tersebut.

Bazar di TTDI ni agak besar tapi tidaklah sebesar bazar yang terdapat di Stadium Shah Alam tu tapi kemeriahan kedua-dua bazar ini memang tiada bandingannya. 

Pukul 3.30pm pun orang dah mula ramai beratur untuk masuk dan membeli dan mencuci mata juadah juadah yang dijual di bazar ni tau sebab bazar ni antara yang terkenal di Lembah Klang ni. Ada yang datang dari jauh untuk pergi sendiri menikmati kemeriahan mencari makanan di sini. 

Walaupun harganya agak mahal selari dengan kenaikan harga pasaran, masih ramai juga yang memenuhi bazar ini. 

Korang nak tahu apa yang terdapat kat bazar ni?

Kami team Purple Durian sendiri sudah pergi dan merasai kesesakan di situ. Kalau korang nak tahu korang boleh scroll gambar gambar yang nampak menyelerakan untuk korang cuci mata dulu. 

Pelbagai variasi air balang dijual di sini!
Comel kan kuih apam beras ni?
Meleleh-leleh keju dalam burger ni! 🤤
Pelbagai seleksi ikan bakar juga dijual di bazar ni!
Asyik beli ayam golek je, kalini cuba try kambing golek pulak!
Aneka kuih-muih dan kuih talam.
Kalau korang nak rasa Kunafa pun ada kat sini tau!
Laicikang yang penuh dengan isi!
Makanan laut yang tengah viral sekarang, oyster pun ada tau.
Seleksi makanan pantai timur, nasi kerabu ada di sini!
Sata ikan, pepes ayam dan otak-otak.
Sotong bakar pun ada.
Ni memang tarikan kat semua bazar, tepung pelita!

Macam mana? Korang rasa lapar tak tengok semua gambar ni? Korang tengoklah dulu nanti senang nak cari mana satu yang korang teringin nak rasa. Ada aneka kuih muih sehinggalah ke kambing golek tau ada kat bazar ni! Korang rasa berbaloi tak makanan -makanan ni dengan harga yang ditawarkan? Korang boleh pergi dan nilai sendiri ya! 

Walaubagaimanapun, jangan lupa sentiasa memakai pelitup muka dan hidung ketika pergi ke mana-mana bazar dan sentiasa pakai hand sanitizer tau korang! Jaga penjarakan sosial jugak untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku! 

Kalau nak tengok keadaan di bazar tu, korang boleh tengok Instagram dan Tiktok kami @purpledurian untuk lihat sendiri pengalaman kami berjalan di bazar TTDI ni. Korang pun boleh check out review video kat sini! Jangan lupa tinggalkan komen anda dan request apa apa makanan yang menarik untuk team Purple Durian singgah!

Alamat

Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Leave a Reply